MYTV Pesaing ASTRO ?


Assalamualaikum ...

Bismillah . MYTV Broadcasting Sdn Bhd ( MYTV ) merupakan perkhidmaan penyiaran Televisyen Digital Terestrial ( DDT ) yang pertama di Malaysia . Terlaksananya DDT ini menjadikan Malaysia negara peneraju utama di Asean . 

DDT ini sudah bermula perlaksanaannya seawal Januari 2015 dengan Kelantan ,Terengganu dan Pahang adalah negeri yang tersenarai di fasa pertamanya . Manakala fasa 2 pula akan memasuki Sabah dan Serawak . Seterusnya negeri Perlis , Kedah , Pulau Pinang , Perak , Negeri Sembilan , Melaka dan Johor di fasa ke 3 . Fasa terakhir adalah meliputi negeri Selangor , Lembah Kelang , Putrajaya serta semua kawasan bandar .

MYTV Pesaing ASTRO ?


MYTV Pesaing ASTRO ?


MYTV memiliki sebanyak 80 saluran tv percuma dan 45 antaranya adalah berdrfinisi tinggi ( HD  ) serta 40 rangkaian radio percuma . Anda hanya perlu membayar sebanyak RM 200 untuk decoder untuk melanggannya . Sekiranya anda adalah dari golongan miskin dan dapatbantuan BR1M , anda akan dapat dekoder secara percuma sahaja . Sudah tentu MYTV akan menjadi pesaing ASTRO nanti .

RTM jalin kerjasama dengan MYTV broadcasting Sdn Bhd , anak syarikat firma telekomunikasi Altel Holding milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari akan melancarkan siaran TV baru menandingi Astro .


Apabila MYTV berjalan sepenuhnya , Kemanakah hala tuju ASTRO ? Rasanya ini bukanlah kerja CM untuk memikirkannya . Yang pasti akan ada ramai pengguna mengucapkan selamat tinggal kepada ASTRO kerana MYTV adalah percuma . 




~ Cetusan Minda ~





16 Responses to "MYTV Pesaing ASTRO ?"

  1. baguslah dah ada pesaing ni...kalau tak,astro bermaharajalela je nak naikkan sesuka hati

    ReplyDelete
  2. sy nak pasang nnt!! x sabarnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. harap-harap betul2 memberi saingan...hihih

    ReplyDelete
  4. Kalau benar bagai dikata.. alhamdulillah.
    Lama sgt dah ASTRO buat harta di Tanah Malaya.

    ReplyDelete
  5. harap servisnya lebih baik dari yang ada sekarang...

    ReplyDelete
  6. Wah.. Bagus la macam ni..

    ReplyDelete
  7. Kenapa belah timur dulu yg dapat yek Vee...kan bagus kalau lembah kelang dapat dulu hihi...
    Eloklah tu.... Astro pun bil semakin mahal sekarang ni...

    ReplyDelete
  8. Bagus..ada pesaing bru astro boleh fikir pasal kehendak penggunanya. Kalau ada MyTV Astro bakal jadi macam Mega TV la agaknya..

    ReplyDelete
  9. kontrak astro habis bulan 6 ni. pastu downgrade amik basic dari superpack 1. pastu langgan mytv lah nampaknya. kandungan astro berulang dan bosan. mahal pulak tu.

    ReplyDelete
  10. habislah astro habislah astro ehehe..
    tapi tengoklah nanti strategi marketing astro mesti lain..
    offer sana sini..

    ReplyDelete
  11. 200 tu hanya sekali bayaran ye
    memang confirmlah semua akan beralih arah camni
    dalam zaman materialistik, penjimatan walau hanya sedikit adalah
    satu keperluan =)

    ReplyDelete
  12. bagus juga ada alernatif begini , ni juga jadi salah satu sumbangan tan sri syed mokhtar

    ReplyDelete
  13. Macam mana nak dapatkan mytv ni?

    ReplyDelete
  14. Syukur alhamdulillah. Dah serik jadi pelanggan ASTRO.

    ReplyDelete
  15. Ada persaingan ada perubahan ......... program dlm ASTRO diulang2 ...... tariff mahal-mahal sering naik ........ Bagaimana melanggan MYTV?

    ReplyDelete
  16. Tengok dulu saluran MYTV bagaimana. Adakah ada saluran khas untuk kartun? adakah ada saluran khas untuk sukan? adakah ada saluran khas untuk muzik? adakah ada saluran Indonesia 24 jam? Jika semua itu ada, saya rasa boleh lawan Astro. Jika tak ada...Nampaknya MYTV tak boleh lawan lagi lagi dengan Astro. Lagipun Astro kan ada njoi..free jugak tu..Kalau MYTV rasa betul-betul nak berlawan dengan Astro. buat molek-molek la.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...