Perkara Dilarang Di Dalam Masjid


Assalamualaikum ...

Bismillah . Masjid adalah rumah Allah . Rumah di mana kita melakukan ibadah beramai-ramai juga keseorangan . Kita sembahyang juga membaca al-Quran selain melakukan tazkirah , muzakarah juga mengadakan majlis ilmu . Masjid adalah tempat kita sujud pada-Nya .

Apabila kita berada di dalam masjid , ada perkara - perkara yang anda dilarang melakukannya dengan tujuan untuk menghormati masjid sebagai tempat untuk kita melakukan ibadah . 


Perkara Dilarang Di Dalam Masjid



Perkara yang dilarang ketika berada di dalam masjid,



1- Jangan duduk kedua lutut diangkat sambil kaki bersilang . 




Kaki bersilang ni perbuatan syaitan .



2- Jangan makan bawang putih & bawang merah . 




Makruh melakukan solat dengan mulut berbau . Sebab itu Rasulullah bersugi sebelum melakukan solat .



3- Jangan meludah & berkahak . 



Kahak boleh mengecilkan masjid seperti kulit terkena api .


4- Jangan hunuskan pedang atau benda-benda tajam . 




Masukkan pedang dalam sarung dahulu sebelum diserahkan kepada sesiapa. Masa Nabi s.a.w dulu ada orang nak hadiahkan anak panah, Nabi suruh dia pegang mata anak panah tu .



5- Jangan melihat-lihat senjata di dalam masjid .




6- Jangan cari barang hilang di dalam masjid . 




Ada kisah seorang mencari barang hilang di dalam masjid dan Nabi s.a.w berdoa supaya dia tidak menemuinya. Masjid dibina untuk solat, majlis ilmu dan muzakarah 



7- Jangan meninggikan suara, membaca syair atau bercakap perkara yang sia-sia . 




Umar r.a amat membenci seorang lelaki Taif yang meninggikan suara, lalu beliau membaling batu ke arah lelaki tersebut. Umar membuat dataran di luar untuk mereka yang ingin membuat ketiga-tiga perkara tersebut 



8- Jangan menyandar belakang di bahagian dinding depan masjid atau duduk menyandar di dinding depan masjid sambil membelakangi kiblat .


Ada antaranya yang kita tidak tahu dan ambil tahu . Maka , selepas ini perlu ambil tahu walaupun perkara - perkara di atas sekadar tegahan tetapi bukanlah mendatangkan dosa .

Kita kalau masuk rumah orang , kita juga tidak boleh melakukan sesuka hati kita . Begitu juga bila orang masuk rumah kita , kita juga sakit hati bila orang lakukan perkara yang kita tak suka . Jadinya, hormatilah rumah Allah itu sebaik mungkin .




~ Cetusan Minda ~






10 Responses to "Perkara Dilarang Di Dalam Masjid"

  1. rumah allah, perlulah sentiasa bersih ...

    ReplyDelete
  2. no 7 tu mmg ramai yg buat kan?

    ReplyDelete
  3. Baik sekali panduan2 ini... semoga ianya menjadi ingatan bersama

    ReplyDelete
  4. No 7 tu..memang boleh berlaku tanpa di sedari

    ReplyDelete
  5. no 7 tu selalu byk org buat.. dan paling xsuka bila tak matikan fon semasa solat

    ReplyDelete
  6. parkara no 7 tu ramai sgt yg buat...bukan di masjid malah di surau..menggangu org yg sedang solat..waduh..nk tegur risau terasa hati..itulah kalau x de ilmu huhhu

    ReplyDelete
  7. thnks for sharing.. sebagai peringatan bersama.. terima kasih sekali lg. :)

    ReplyDelete
  8. moga jadi peringatan untuk kita semua

    ReplyDelete
  9. bersilang tu maksudnya duduk bersila ke vee?

    ReplyDelete
  10. Semoga sentiasa menjadi peringatan buat kita semua. T kasih atas perkongsian CM.. ikea nampak menarik di sini.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...