Assalamualaikum ...
Senarai Barangan Dan Perkhidmatan Yang Tidak Dikenakan GST | Bismillah . Berjalan - jalan melihat keywords di Nuffnang , ada yang mencari barangan GST rupanya . Jadi CM cuba memdahkan anda yang mencarinya di sini . GST sedang dalam perjalanan menuju harinya . Pun begitu , masih ramai lagi yang belum bersedia untuk berhadapan dengan GST . Malah ramai juga yang masih tidak fahan dengan GST .
Apa Itu GST ?
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan , termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan .
Senarai Barang Yang Tidak Dikenakan GST
Antara barangan yang tidak dikenakan GST adalah seperti beras dan padi , gula , tepung , minyak masak , garam , sayuran dan rempa ratus . Selain itu , binatang hidup , daging binatang dan organ dalaman binatang , ikan dan isi ikan , kerang , molluscs , telur burung dan lain - lain juga tidak dikenakan GST . Bekalan air , bekalan elektrik , barangan yang dibekalkan di bawah skim pengilang , eksport , deemed eksport dan ship stores juga dikecualikan .
Senarai Perkhidmatan Yang Tidak Dikenakan GST
Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST antaranya seperti pengangkutan penumpang , perkhidmatan kesiahatan , perkhidmatan pendidikan , bekalan tanah dan rumah kediaman , bekalan emas , perkhidmatan kewangan , eksport , pengangkutan antarabangsa dan ancilary service , perkhidmatan pelabuhan dan lapangan terbang , telekomunikasi , agen skim bayar balik pelancong , perkhidmatan yang disediakan oleh kelab , persatuan , kesatuan dan lain - lain .
GST Tetap Dijalankan
Walau bagaimana ramainya rakyat yang menolak pelaksanaan GST , GST tetap akan dilaksanakan pada hari Rabu nanti . CM percaya , dalam kepayahan kita hendak membayar 6 % itu , pasti ada hikmah GST yang kita belum ketahui . Setiap perlaksaan sesuatu pasti ada kebaikan dan keburukannya .
~ Cetusan Minda ~
x tau laa nk percaya atau tidak ni ;-)
ReplyDeleteSemoga banyak kebaikan dalam perlaksanaannya nanti ^^
ReplyDeletekena ambil tahu..
ReplyDeletebimbang ada peniaga ambil kesempatan kerana sikap tak kisahnya kita
Banyak suara-suara yg membangkang perlaksanaan gst ni.
ReplyDeleteEsok dah bermula GST huhu.. hari ni Magic kinder belum dikenakan gst lagi.. :D
ReplyDeletehampir semua media sosial berbicara tentang GST hari ni,akhirnya ia tiba juga :)
ReplyDeleteSemoga tidak membebankan rakyat miskin..
ReplyDeleteSeharusnya mengambil tahu tentang hal2 yg sebegini..Juga harus tahu dengan jelas hak kita sebagai pengguna
ReplyDeletemasih ada lagi cas tersembunyikan hurm...bebabkan rakyat sungguh..
ReplyDelete