Assalamualaikum ...
Faedah Lada Hitam Dalam Kesihatan | Bismillah . Lada hitam selalu digunakan dalam masakan kita . Walaupun kepedasannya tidak boleh melawan cili padi , bagi sesetengan orang , mereka lebih memilih lada hitam berbanding cili padi . Sebenarnya , ramai orang tidak tahu bahawa penggunaan lada hitam dikebanyakan negara adalah disebabkan ciri - ciri penyembuhan yang terkandung didalamnya . Disebalik memberikan rasa pedas dalam masakan anda , berikut adalah alasan kenapa rempah ini perlu ada dalam masakan anda .
Faedah Lada Hitam Dalam Kesihatan
1- Lada Hitam Sebagai Anti - Bakteria
Lada hitam sebenarnya memiliki ciri - ciri anti - bakteria yang dapat membantu kelancaran saluran penghadaman . Ia dapat melawan bakteria yang masuk ke dalam usus dan bahagian lain pada tubuh anda . Jadinya , anda merasa lebih baik dan menjadi lebih sihat .
2 - Lada Hitam Sebagai Anti - Radang
Sekiranya anda ada masalah dengan keradangan atau keadaan kesihatan yang menjurus kepada sistem keradangan seperti asma , arthritis dan mungkin autoimmune disease , anda perlu meletakkan lada hitam sebagai salah satu bahan hidangan anda .
3 - Lada Hitam Penuh Nutrisi
Lada hitam mengandungi banyak nutrisi termasuk serat untuk berdiet , vitamin C dan K , zat besi dan manganese . Kulitnya yang bernutrisi itu bukan saja dapat menyembuhkan dan membersihkan malah menghapuskan radikal bebas dari badan anda .
4 - Lada Hitam Mengubati Kembung Perut
Sekiranya anda rasa tidak selea dengan perut yang kembung , anda boleh menghilangkannya dengan bantuan lada hitam . Lada hitam mengandungi piperin yang boleh menambah pengeluaran asid hydrochloric dalam perut . Kesannya , proses pencernaan menjadi lebih lancar . Tambahan pula , gas kembung boleh dikurangkan hanya dengan memakan lada hitam .
5 - Lada Hitam Penawar Vitiligo
Orang yang menghidapi leukemia atau vitiligo , memiliki tompokan terang pada kulitnya disebabkan oleh kekurangan pigmentasi . Sudah bertahun , lada hitam digunakan untuk merawat keadaan ini sebagaimana yang diamalkan dalam perubatan Ayurvedic . Sebenarnya ada beberapa jenis minyak dan salap yang boleh disapukan ke atas kulit untuk mengurangkan vitiligo dan ianya mengandungi lada hitam . Bila disapukan , ia menggalakkan pengeluaran melanin .
6 - Lada Hitam Pembakar Lemak
Sekiranya anda berhasrat menurunkan berat badan , maka ini adalah masa untuk anda menambah lada hitam ke dalam hidangan . Ini kerana , sebagai bahan masakan , ia dapat membantu memusnahkan sel - sel lemak dalam tubuh anda . Sekiranya anda melakukan senaman dan anda mengamalkan diet yang ketat , lada hitam dapat membantu badan anda memberi tindak balas segera kepada strategi menurunkan berat badan anda . Selebihnya , rempah ini efektif dalam meningkatkan metabolisme anda dan membantu dalam menghilangkan lemak di perut .
Lada hitam dapat membantu penyerapan nutrisi dalam badan . Bagimanapun , orang India mencadangkan supaya anda tidak menggunakan lada hitam dalam jumlah yang banyak kerana ianya akan merengaskan perut anda .
~ Sumber Informasi ~
info yg bagus.
ReplyDeletejom tukar link..
No. 6 tu yang paling best..
ReplyDeleteSaya juga suka lada hitam. Tapi makan banyak-banyak lada hitam pun tak baik juga, boleh sampai sakit perut. Apa2 pun kena berpada...
ReplyDeletebyk betul kelebihannya... sy suka lada hitam ni
ReplyDeleteBanyak juga kebaikkan lada hitam ye...saya memang suka makan sos lada hitam dengan burger.
ReplyDeletenew info ni
ReplyDeleteselama ni tak penah tahu dia ada kebaikan
main letak aje dalam masakan
Lada hitam banyak khasiat :)
ReplyDeleteBnyk kebaikan lada hitam ni.. thanks sharing CM. Lepas makan boleh gosok gigi guna sensodyne.. :)
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDelete