ASSALAMUALAIKUM ...
Bismillah . Rantai kaki / tangan adalah barang kemas yang jarang dipakai oleh wanita . Pemakaian rantai kaki / rantai tangan adakalanya berloceng . Bila pergerakan berkalu , sudah tentu loceng akan berbunyi . Bunyi itu akan menarik perhatian orang disekelilingnya walaupun itu bukan niat sebenar si pemakai .
Hukum Memakai Gelang Tangan / Kaki Berloceng
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi , ( ringkasan Sahih al - Tirmizi ) , memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya .
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu Isa al - Tirmizi yang maksudnya :
Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
" Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan ) yang ada di dalamnya anjing dan loceng . "
" Dan janganlah menghentak - hentak kaki mereka supaya diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka " ( Taisir al - Karim ar - Rahman , asy - Sheikh as - Sa'di )
Pada zaman Jahiliah , ketika wanita - wanita itu melalui jalan - jalan atau lorong - lorong , di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui ( mendengar ) bunyinya , maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang - orang lelaki dapat mendengar bunyi gelang itu .
“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ” ( Surah al - Nur 31 )
Allah SWT melarang wanita beriman daripada hal seperti itu . Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi dan perempuan itu menggerak - gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya , maka ia termasuk di dalam larangan ini .
Oleh yang demikian , elakkanlah dari memakaikan gelang kaki / tangan yang ada loceng pada anak perempuan , isteri dan juga ibu anda .
CM teringat kisah pengantin yang memakai rantai kaki berloceng di malam pengantin . Pada keesokan paginya keluarga mertua tersenyum senyum memadangnya . Pada ketika itu , barulah dia teringat akan rantai kakinya yang mengelurkan irama pada malam tersebut . Alahai ...
~ Cetusan Minda ~
Ramai antara kita mengetahui hukum tapi sengaja mengenepikannya kerana sesuatu sebab yg mereka sendiri saja mengetahuinya. Sama juga seperti menghisap rokok walaupun fatwa merokok haram di sisi Islam sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan selama lebih 19 tahun tapi ramai orang lslam tidak mempedulikannya....
ReplyDeleteYe..bunyi tersebut menarik perhatian orang lain..
ReplyDeletebenda ni dah lama dah dengar...kalau boleh elakkan laa...takde loceng pun masing cantik...lgpun tak elok menarik perhatian org...
ReplyDeleteAlhamdulillah..perkongsian yg bagus
ReplyDeleteT.kasih Vee.
ReplyDeleteSebenarnya K.Sham pernah jugak dengar dulu.. jika dikiaskan.. gelang kaki yang berloceng ini jugak dikategorikan dalam tabarruj (perhiasan yang berlebihan).
Dan tabarruj ini jugak dilarang di dalam Islam.
Wallau'alam.
Rantai berloceng ni kalau taruk kat kucing sesuai la. Baru comel macam Doraemon. hehe
ReplyDeleteHaha..sabar aje lah
ReplyDeleteMasa kecik dulu mmg ada gelang kaki berloceng ni. La ni kalau okje pakai dah jadi mcm Onyeng pulak hihi
ReplyDeletebetul.. walaupun bukan niat dihati tapi bila bunyi loceng mesti orang pandang..
ReplyDeletedari kecik mmg mak tak ajar pakai gelang ada loceng.. tapi buah yang gantung2 tu adalah..
mungkin mereka tak sedar ianya satu kesalahan
ReplyDeletetak tahulah, dulu ada dengar kawan marah pada bos dia
hanya kerana bos dia larang pakai gelang kaki
tapi dia bukan tak tahu, dia tahu berdosa
cuma jawapan dia berikan buat saya rasa sebut nauzubillah
kdg yang dilarang itu laa yg dibuat...kdg kita yg dengar loceng tu pon dh rimas....
ReplyDelete