Assalamualaikum ...
Bismillah . Penting bagi anda untuk mengetahui dan merasa setiap perubahan serta kesakitan pada diri anda . Selalunya anda hanya memandang remeh dan anggap ianya tidak penting dan tidak membahayakan . Mendapatkan maklumat bagi setiap perubahan pada diri anda adalah perlu . Sama ada anda merujuk kepada doktor atau mendapatkan maklumat melalui internet , kedua - duanya adalah langkah pertama yang anda perlu lakukan . Pernahkah anda terfikir bahawa petanda - petanda itu adalah kanser ?
Petanda Anda Ada Kanser
Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti di dunia kerana selalunya membawa kepada kematian . Adakalanya kanser ini mudah dapat dikesan pada peringkat awal tetapi ada juga jenis kanser hanya dapat dikesan setelah berada di tahap akhir . Berikut adalah petanda - petanda anda ada kanser .
1- Batuk Dan Suara Serak
Sekiranya anda mengalami batuk yang berterusan selama lebih dari 3 minggu , anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor . Gejala seperti sakit dada dan pernafasan yang pendek merupakan petanda kepada keadaan yang akut atau teruk seperti pneumonia .
2- Lebam
Jika anda ada memiliki kesan lebam yang membesar pada mana - mana bahagian tubuh anda , pergilah berjumpa doktor . Doktor anda pasti akan rujuk anda kepada pakar untuk melakukan ujian sekiranya anda disyaki memiliki kanser .
3- Perubahan Pada Tahi Lalat
Sekiranya tahi lalat juga ketuat yang ada di tubuh anda didapati makin membesar , itu menunjukkan ianya kemungkinan adalah kanser kulit . Ianya akan dapat dirawat sekiranya dapat dikesan lebih awal .
4- Kesakitan Yang Tidak Dapat Dijelaskan
Bila tubuh anda mengalami kesakitan , itu bermakna tubuh anda ada masalah . Kesakitan berterusan memungkinkan anda menghidapi kanser ovari , kanser tulang atau penyakit lainnya .
5- Perubahan Tabiat Membuang Air Besar
Sekiranya berlaku perubahan pada tabiat membuang air besar atau najis yang anda buang dari segi saiz , masa dan jumlah , itu mungkin disebabkan oleh kesan ubatan dan makanan yang anda ambil . Bagaimanapun , jika anda dapati ianya berlaku dengan kerap dari masa ke semasa , rujuklah pada doktor .
6- Pendarahan
Rujuklah kepada doktor sekiranya berlaku pendarahan apabila anda ;
- batuk darah
- kencing berdarah
- pendarahan antara tempoh haid
- najis berdarah
7- Sakit Tekak Yang Berpanjangan
Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan , itu bermakna anda mungkin menghidapi kanser tekak atau kanser laryngeal ( pangkal tekak )
8- Variasi Aktiviti Pundi Kencing
Jika anda lihat ada darah pada air kencing atau rasa sakit bila mengeluarkan air kencing , segeralah rujuk pada doktor . Ini mungkin kanser buah pinggang , prostat dan pundi kencing .
9- Kehilangan Berat Badan Secara Tiba - tiba .
Rujuk pada doktor sekiranya anda kehilangan berat badan secara tiba-tiba yang anda tidak pasti adakah disebabkan senaman , diet atau tekanan . Kehilangan berat badan secara tiba - tiba sebanyak 10 paun atau lebih , bermakna anda mungkin menghidapi kanser . Ini adalah petanda biasa bagi penghidap kanser perut , pankreas dan paru - paru .
10- Kesukaran Untuk Menelan
Tekak yang sempit mungkin adalah isu sistem saraf . Ia mungkin juga petanda kepada kanser seperti kanser perut , tekak dan esophagus .
Sekiranya ahli keluarga serta orang di sekeliling anda ada tanda - tanda seperti di atas , maka rujulah segera ke doktor . Jangan sesekali mengambil mudah petanda - petanda tersebut supaya anda dapat merawat lebih awal sekiranya ianya adalah kanser .
~ Sumber Informasi ~
Hallaamakkkk, ada pulak perkara no 3 tu....
ReplyDeleteThanks atas info ni sis..
ReplyDeletesatu info yang menarik..ayah saya meninggal kerana penyakit kanser..
ReplyDeletenauzzubillah.... minta di jauhkan allah
ReplyDeleteTerima kasih info ni, mesti alert dengan perubahan diri sekarang ni..
ReplyDeletePenyakit yg menakutkan kerana sehingga kini tiada penawar khusus untuk kanser ditemui.. Ramai yg cuma mengesan kanser di tubuhnya ketika sudah berada di tahap akhir (tahap 4), tahap yg sudah terlambat sebenarnya...
ReplyDeleteya Allah risaunya sekarang banyak yang kena kanser
ReplyDeleteJom Vote blog acik bagi msmw
Mohon kita dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ini.
ReplyDeleteNice sharing...tq
ReplyDeleteayah saya dikesan kanser waktu bangun dari tidur..
ReplyDeletekepala tak leh pusing, macam salah bantal
Kanser penyakit yang menakutkan dan menyakitkan. Biasanya pesakit tak sedar sehinggalah disahkan sudah ditahap yang sukar dirawat..
ReplyDeleteTerima kasih atas info ni. Mudah2an kita semua sentiasa dilindungi... aamiin..
ReplyDeleteCall guna iphone dgn umobile.. :D
kena sentiasa alert dgn perubahan diri kan..coz kdg kanser ni ssh nk kesan
ReplyDeleteKalau ikutkan takut nak baca entri ni. Moga dijauhkan dr ujian kesakitan yg kronik cenggitu
ReplyDeleterisau jg ni
ReplyDeleteBila baca ni risau pula..terima kasih.
ReplyDelete