Tekanan Emosi Menghasilkan Diabetis


Assalamualaikum ...

Tekanan Emosi Menghasilkan Diabetis | Bismillah . Tekanan emosi atau stress adalah perkara biasa bagi kita . Bermula di rumah dengan pelbagai tanggungjawab dan kerenah anak - anak juga hubungan yang tidak begitu baik bersama isteri / suami sehinggalah ke pejabat pula yang perlu berhadapan dengan longgokkan kerja , menangani karenah bos , pekerja bawahan serta rakan sekerja yang seperti tiada kesudahan . 

Ditambah lagi dengan keadaan kewangan yang ada kalanya turun naik dan pada masa yang sama perlu berhadapan dengan kenaikan harga barang malah perlu juga untuk memenuhi keperluan keluarga . Itu sahaja sudah cukup untuk membuat anda berada di bawah tekanan emosi yang ada kalanya sukar untuk dibendung .


Tekanan Emosi Menghasilkan Diabetis


Tekanan Emosi Menghasilkan Diabetes


Tekanan emosi menghasilkan diabetis apabila anda berada dalam situasi tekanan emosi , akan berlaku perubahan dalam tingkah laku dan gaya hidup anda . Akan wujud kecenderungan anda terhadap sesuatu yang boleh menyumbang kepada diabetis . Selalunya ianya berkaitan dengan cara pemakanan serta  gangguan kesihatan .

1- Cara Pemakanan


Bila tekanan emosi melanda , anda menjadi seorang pecinta makanan apabila anda cenderung makan berlebihan terutamanya yang berkalori dan berkarbohidrat tinggi . Cara pemakanan ini jika anda terus  'melayan ' , maka diabetis akan singgah dan tinggal dalam badan anda dengan jayanya .

2- Gangguan Kesihatan


Selain itu , tekanan emosi juga akan menyebabkan gangguan kesihatan seperti sukar untuk tidur , malas untuk melakukan senaman , tidak bersemangat untuk melakukan kerja , badan cepat merasa letih , anda akan mengalami kemurungan dan lainnya .

Bagaimana Tekanan Emosi Menghasilkan Diabetis


Tekanan emosi menyebabkan cara pemakanan yang tidak terkawal dan gangguan kesihatan itu akan menjadikan anda lebih mudah mengalami gangguan metabolisme termasuk membentuk diabetis .

Tekanan emosi yang berpanjangan juga akan menyebabkan paras glukosa dalam darah sentiasa tinggi kerana paras hormon kortisol sentiasa dirembes melebihi paras normal . Kortisol ialah hormon yang bertanggungjawab bersama hormon epinephrine dan norepinephrine membantu tubuh menangani tekanan yang berpunca daripada kejutan yang berlaku serta merta .

Kesan Tekanan Emosi


Tekanan emosi yang berpanjangan dikatakan boleh menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan seperti peningkatan tekanan darah dan gula , mengurangkan libido , membentuk acne ,mengurangkan keberkesanan sistem imun dan obesiti . Paras kortisol yang sentiasa tinggi menyebabkan hiperglisemia iaitu keadaan di mana paras glukosa sentiasa tinggi dalam darah .

Kesimpulan 


Sebagai orang muslim , bila kita berbalik kepada ajaran  Islam , dengan menadah tangan lalu berdoa , banyakkan berzikir dan bersedekah , sesukar manapun hari - hari yang kita lalui , insha Allah , akan dipermudahkan oleh - Nya . Amalkan juga pemakanan cara Rasulullah serta sunnahnya yang lain . Islam ni mudah sahaja . Ianya terpulang kepada anda sama ada mengamalkannya atau pun tidak .



~ Sumber Informasi ~



12 Responses to "Tekanan Emosi Menghasilkan Diabetis"

  1. suka kesimpulan tu..
    mmg gangguan emosi ni kadang2 kita x bleh nk elak..
    tp sbg org islam cepat2 muhasabah diri..
    mmg benar "dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

    ReplyDelete
  2. Betul la kan, semakin stress semakin darah naik, emosi terganggu pastu kira nak makan ja...then dapatla penyakit kronik

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi...yang penting, kena bijak kawal emosi kan?...
    apa2pon gambar tu tak patut la abang...kesian adik tu...hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pula kalau hadapi tekanan emosi jadi tak lalu makan, semua makanan nampak macam batu! Akhirnya bukan gula bertanbah dalam badan, tapi makin menurun...

    ReplyDelete
  5. Banyakkan mengingati Allah bila tertekan. Masa senang lupa Allah bila susah salahkan Allah. Jawabnya kena macam-macam penyakit la..

    ReplyDelete
  6. Bahaya juga kalau sentiasa stress yer...

    ReplyDelete
  7. sebab tu wujudnya solat. utk mengembalikan naluri manusia kepada-Nya kerana dgn Dia lah hati menjadi tenang...

    ReplyDelete
  8. kena kawal emosi kan...coz kalau sy stress..potensi utk makan tu tinggi...berat bdn pon naik kang huhuhuh

    ReplyDelete
  9. Stress...makan, Stress...makan, Mcm mane lah tak kena diabetes...

    ReplyDelete
  10. Baru saya tau ni.. thanks sharing.. kena belajar lagi kat inti ni.. :)

    ReplyDelete
  11. hehe...cam apa yang jadi apa saya sekarang
    kadang tak perasan kelakuan tu
    nanti tau2 aje, ada masalah kesihatan...emmm

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...