Assalamualaikum ...
Orang Musyrik Dalam Kerugian | Bismillah . Yang dikatakan sebagai orang musyrik adalah orang yang mempersekutukan Allah , mengaku akan adanya Tuhan selain Allah atau menyamakan sesuatu dengan Allah . Mereka ini menyegutukan Allah sama ada dalam bentuk I'tikad ( kepercayaan ) , ucapan mahu pun dalam bentuk amal perbuatan .
" DAN ( ingatlah ) masa kami himpunkan mereka semua ( pada hari Kiamat ) , kemudian kami berfirman kepada orang - orang musyrik : ' Tunggulah di tempat kamu semua , kamu dan makhluk - makhluk yang kamu jadikan sekutu ' , sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka . Dan berkatalah makhluk - makhluk yang mereka sembah itu ( sebagai berlepas diri ) : ' Bukanlah kami yang kamu puja dan taati , ( sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri ) ! "( Surah Yunus : 28 )
Orang Musyrik Dalam Kerugian
Setelah berlakunya Kiamat nanti , umat manusia seluruhnya akan dihimpunkan dipadang Mahsyar . Berat atau ringan kesusahan yang mereka rasai pada waktu itu bergantung kepada amalan masing - masing semasa di dunia .
Mereka yang banyak beribadat dan melakukan amalan - amalan kebaikan semata - mata kerana Allah s.w.t. akan mendapat kesenangan . Sementara mereka yang syirik dan mempersekutukan mana - mana makhluk selain Allah s.w.t. pula meminta pertolongan daripada makhluk itu kerana Allah s.w.t. tidak sekali - kali menerima sebarang amalan syirik .
Bagaimanapun , makhluk yang mereka puja semasa di dunia itu tidak dapat memberi sebarang syafaat dan pertolongan , bahkan mereka berlepas diri . Mereka juga adalah makhluk Allah s.w.t. sedang hakikatnya golongan musyrik itu sebenarnya mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan baik buruknya perbuatan mereka menyegutukan Allah s.w.t. .
Jelas sekali golongan musyrik ini sentiasa dalam kerugian , di dunia mereka hidup dalam kegelapan dan kesesatan sementara di akhirat pula mereka dicampak ke dalam api neraka yang menyala - nyala .
Manusia Dinilai Berdasarkan Amalan
Setiap manusia akan dinilai berdasarkan amalan yang mereka lakukan semasa di dunia lagi . Mereka yang mematuhi undang - undang dan peraturan Allah s.w.t. akan mendapat balasan kebaikan , begitu juga sebaliknya .
Jelaslah bahawa syirik adalah perbuatan terkutuk dan tidak diterima oleh Allah s.w.t. . Justeru mereka yang telah tersesat jauh hendaklah pulang ke pangkal jalan , kerana sesal kemudian nanti tiada gunanya .
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
~ Sumber Informasi ~
assalam...agar tidak kerugian isi setiap detik masa dgn amalan kebaikan..insya Allah.
ReplyDeleteBayangkanlah ketika itu meronta nak balik semula ke dunia.....
ReplyDeleteNaudzubillah..
Terima kasih atas peringatan CM..
ReplyDeleteMoga dijauhkan dr segala perbuatan syirik
Perkongsian dan imbas kebali yang sangat bermanfaat. Terima kasih Cetusan Minda.
ReplyDeleteAstagfirullah... jngnlah kita tergolong dikalangan musrikin.. nauzubillah...
ReplyDelete