Hukum Solat Jumaat


ASSALAMUALAIKUM ...


Hukum Solat Jumaat | Dengan lafaz Bismillah, ramai lagi antara kita tidak jelas dengan hukum solat Jumaat . Siapa yang wajib dan siapa yang diberi kelonggaran serta keuzuran yang bagaimana yang dibenarkan . Kepada lelaki yang wajib melakukannya, mungkin jawaban ini dapat menjadi panduan kepada anda .


 Hukum Solat Jumaat


" Sebagai seorang pengawai keselamatan yang diamanahkan menjaga peti wang syarikat , saya tidak dibenarkan untuk keluar ke mana - mana hatta untuk menunaikan solat Jumaat . Berdosakah saya ? "

Hukum Melakukan Solat Jumaat


Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar , Pensyarah Syariah dan Undang - Undang Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) , menjawab secara ringkas dengan sepotong ayat dari surah al - Jumuah : 9 yang bermaksud ,
" Wahai orang - orang yang beriman , apabila telah diserukan untuk melakukan solat Jumaat , maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli . Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya . "

Ayat di atas jelas menyatakan solat Jumaat wajib dilaksanakan jika cukup dengan syarat - syaratnya . Kalau tak buat dengan niat sengaja , hukumnya berdosa sebab solat Jumaat adalah fardu ain yang juga dituntut macam solat 5 waktu . Cuma ada rukhsah ( kelonggaran ) untuk meninggalkan solat Jumaat .


Jenis - Jenis Keuzuran Yang Dibenarkan


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
" Barang siapa yang mendengar seruan azan , dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersolat , maka tiada solat baginya kecuali orang - orang yang mempunyai keuzuran . " Mereka bertanya : " Ya Rasulullah , apakah keuzuran itu ? " Baginda menjawab , " Takut dan sakit . " ( Hadis riwayat Abu Daud )

Dr. Wifaq menjelaskan takut itu dari segi ancaman nyawa , kesihatan atau memberi satu bebanan seandainya seseorang itu pergi melakukan solat Jumaat

Contohnya , seorang doktor tidak boleh meninggalkan dewan bedah kerana boleh menyebabkan kematian kepada pesakitnya . Sama juga keadaannya sebagaimana polis , bomba , pengawal dan lainnya . Kalau memang tidak ada orang lain yang boleh menggantikan tempatnya , maka ulama mengharuskan boleh tak melakukan solat Jumaat walaupun lebih dari tiga kali berturut - turut .

Di Masjidilharam , ada pengawal yang tidak mendirikan solat Jumaat semata - mata untuk menjaga keselamatan imam sewaktu solat Jumaat . 

Ada juga situasi lain yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat . Antaranya hujan yang lebat , membuang hajat besar , makan kerana tersangat lapar , pitam / pengsan , sakit yang terlantar hingga tidak mampu bangun dan lainnya . Tidak boleh melakukan solat Jumaat atas sebab keuzuran tersebut .

Sekiranya rukhsah ( kelonggaran ) itu dari segi masa atau tempat seperti terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau terpaksa membuat pembentangan tetapi perlu membuat persediaan dalam waktu solat Jumaat , Dr. Wifaq menjelaskan , dalam hal ini dibolehkan dengan syarat hanya waktu tersebut sahaja yang ada untuk persediaan dilakukan .

Menurut Iman Nawawi dalam kitab al - Majmu' , keuzuran itu boleh berlaku andainya seseorang itu takut dizalimi oleh seseorang sama ada raja yang zalim , pemungut hutang atau sesiapa sahaja . Begitu juga jika sedang memasak di dapur dan tiada siapa untuk menjaga masakan tersebut .

Dalam kitab Mughni al - Muhtaj menyebut , gugur kewajipan melakukan solat Jumaat kerana menguruskan jenazah yang akan busuk jika lewat diuruskan .

Menurut iman ar - Rafie di dalam kitab at - Tatimmah , keuzuran itu boleh berlaku andainya seseorang terkurung dalam penjara selama mana ia ada dalam kururngan .

Imam as - Syirazi pula berpendapat , antara keuzuran yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat Jumaat ialah hujan yang lebat , laluan berlumpur , makanan yang terhidang sedang ia merasa begitu lapar , menahan kentut , kencing atau berak , menjaga kaum keluarga yang sakit atau nazak dan juga merasa takut berlaku sesuatu yang tidak baik pada harta atau dirinya .


Memandangkan keadaan telah berubah , adanya kemudahan kereta , payung , jalanraya , maka kelonggaran yang diberikan itu tidak boleh diamalkan sesuka hati . Jika ia tidak mendatangkan kemudaratan yang maksimum pada diri , maka sebaiknya laksanakan ia sesuai dengan apa yang telah difardukan .


Wallahu'alam ...


Sumber : Al - Islam / Feb 12 / 12




2 Responses to "Hukum Solat Jumaat"

  1. Semoga bermanfaat bagi kaum2 Adam semua...

    ReplyDelete
  2. Semoga sentiasa diberi keizinan utk menunaikan solat Jumaat... aamiin.
    Makan biskut jacob di promoted content.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...