Taat Kepada Allah Dan Rasul


Assalamualaikum ...

Taat Kepada Allah Dan Rasul | Bismillah . Ketaatan kepada Allah s.w.t. dan Rasul hendaklah dibuktikan dengan amalan dan perlakuan . Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada umat manusia telah menyempurnakan kewajipan menyampaikan dakwah iaitu seruan kebenaran sebagaimana suruhan Allah s.w.t. kepadanya .


Taat Kepada Allah Dan Rasul


Firman Allah yang bermaksud ;

" Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul dan hendaklah kamu berwaspada . Justeru jika kamu berpaling maka ketahuilah bahawa kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan ( perintah - perintah ) dengan jelas . "
( Surah al - Maidah : 92 )

Taat Kepada Allah Dan Rasul


Amaran Allah s.w.t. adalah jelas . Keingkaran untuk menerima dan melaksanakan suruhan seperti mana apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tidak memberi mudarat kepada orang lain melainkan kepada diri sendiri .

Oleh yang demikian , Allah s.w.t. menyeru kepada manusia supaya sentiasa berwaspada dan beringat kerana sesungguhnya azab dan seksaan tetap akan dikenakan kepada mereka yang bersikap degil dan ingkar .


Tanggungjawab seseorang Rasul sebagaimana yang diperintahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. adalah untuk menyampaikan apa yang diperintahkan  oleh Allah s.w.t. .

Terbukti kepada kita bahawa Nabi telah menyampaikan dakwah kepada umat manusia . Tanggungjawab kita pula adalah untuk mengikut dan beramal dengan apa yang disampaikan .

Kesimpulan


Ketaatan mutlak yang wajar dilaksanakan oleh kita adalah menyatakan dengan bersungguh - sungguh sikap dan pendirian serta amalan untuk menerima segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala kemungkaran .

Allah s.w.t. mengingatkan supaya kita beringat dan sentiasa muhasabah . Apa sahaja yang kita lakukan di dunia , yang untung dan rugi adalah kita sendiri . Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan kebenaran . Kitalah yang membuat keputusan keatasnya .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )




~ Cetusan Minda ~





6 Responses to "Taat Kepada Allah Dan Rasul"

  1. ketaatan adalah bukti sebenar kepatuhan seorg hamba

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita muhasabah...sejauh mana taatnya kita pada Allah & Rasuk kita.

    ReplyDelete
  3. Ketaatan itulah jalan menuju ke syurga... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  4. ilmu yg sangat bermanfaat..terima kasih CM

    ReplyDelete
  5. Insyaa-Allah. Janganlah kita disesatkan oleh kehidupan dunia semata..

    ReplyDelete
  6. semoga kita dikalangan org yg mentaati Allah dan Rasul Nya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...