Kenapa Nak Berperasangka Buruk ?



Assalamualaikum ...


Kenapa Nak Berperasangka Buruk ? | Bismillah . Manusia ini kadangkala terlalu mudah menghukum . Hanya sekadar melihat fizikal aka luaran sahaja sudah boleh mentafsir apa yang ada di dalamnya . Kehebatannya mentafsir itu sudah seperti tuhan yang tahu dan nampak segala - galanya . Rasanya anda juga sudah biasa mendengar ungkapan ini ; " Tengok luaran pun dah tahu perangai macam mana . " Umpamanya bila penampilan seseorang itu tak terurus , maka orang itu penagih dadah . Begitu sekalikah hatinya melihat orang lain ? Penyakit hati ini bahaya sebenarnya ...

Rasulullah saw. bersabda ;


“….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)



Kenapa Nak Berperasangka Buruk ?


Kenapa Nak Berperasangka Buruk ?


Soalan yang kerap diterima dan didengar . TI sebenarnya tak suka , malas nak beri respon bila ada orang yang berkata begini ;


" Dia tu solat ker tak ? Naper muka dia nampak hitam , tak berseri langsung ! "


Kenapa nak berperasangka buruk ? TI percaya anda juga selalu dengar ungkapan ini . Bila tengok air muka si polan yang bertanya tu taklah secerah ustaz - ustaz yang selalu berceramah kat tv . Ada hati pula nak tafsir orang hanya dengan sekadar melihat luarannya saja . Kalau si polan tu banyak buat kerja luar , berpanas , sure lah muka tu bergeragat dan sunburn kan . Mungkin orang yang bertanya itu merasakan dirinya cukup sempurna dalam beribadah . Subhanallah ! 

Sabda Rasulullah s.a.w ;


ثَلاَثٌ مُهلِكَاتٌ شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوَيً مُتَّبَعٌ وَاِعْجَابُ المَوءِ بِنَفْسِهِ 
Tiga perkara yang dapat menghancurkan, yaitu : kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan ujub seseorang terhadap dirinya .



 Ibadah Itu Antara Kita Dengan Allah



Ibadah tu sebenarnya antara kita dengan Allah Kita ni siapa nak judge orang lain . Kita nampak ker ibadah yang dia buat ? Kita tau ker kalau dia selalu bangun malam buat tahajud atau kiamullailKita tahu ker dia banyak bersedekah dan membantu orang yang dalam kesusahan ? Hanya Allah saja yang boleh judge kita ni macam mana . Kita ni cuma manusia , hanya seorang hamba di mata Allah . Kalau hati kita ni baik , seorang muslim sejati , kita takkan sekali - kali mempertikaikan ibadah orang lain . Malah kita akan ajak orang itu ke arah kebaikan .


Adalah lebih baik kita tanya diri sendiri , sudah cukupkah ibadah serta amalanku ? Topup mana - mana yang perlu . Isi mana yang kosong . Lagi banyak yang kita buat dan cari , lagi banyak kita rasa kekurangan .


Sudah banyakkah pahala , sedekah , amal jariah yang aku buat ? Adakah aku menyakiti hati orang lain ? Adakah aku berburuk sangka tanpa usul periksa ? Itulah yang sepatutnya kita fikirkan . Bukannya dok membelek fizikal orang lain ! 

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Di dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah menambah penyakit tersebut, dan mereka akan mendapatkan siksa yang pedih akibat apa yang mereka dustakan“. Qs. al-Baqarah: 10 )

Semoga kita dan anda semua dapat muhasabah diri , istiqamah dan melakukan sebanyak mungkin ibadah selagi mampu . Ingatlah , bekalan akhirat itu kita perlu cari sendiri . Jangan tambah dosa dengan perkara - perkata lagha seperti itu .





14 Responses to "Kenapa Nak Berperasangka Buruk ?"

  1. Betul tu...siapalah kita nak jugde orang...

    ReplyDelete
  2. JM sgt setuju dengan entri ni...jgn suka berprasangka buruk kerana kita perlu menilai diri sendiri dari menilai org lain. Jika kita beribadat selama 30 tahun belum tentu amalan kita di terima berbanding dengan yg melakukan maksiat 30 tahun dan taubat nasuha sbelm mati dan Allah terima taubat beliau. Subnallah..ya Allah engkau jauhi lah aku dari sikap begini

    ReplyDelete
  3. bersangka baik lebih terbaik berbanding bersangka buruk..jadi pilih yang terbaik iaitu bersangka baik

    ReplyDelete
  4. Kita x da hak nak menilai org dgn sesuka hati kan

    ReplyDelete
  5. nice sharing.. kita diciptakan utk mnjadi hamba, bukan menjadi tuhan, sesuka hati je melabel dah menghukum org.. :)

    ReplyDelete
  6. Tulah Vee...bukan mudah nak berperasangka baik sokmo kan. Lebih lagi kat KL ni. Gamaknya kena cuci pakai klorok hati ni hihi....

    Itulah .....seboleh mungkin didiklah hati kita ni utk berprasangka yg baik baik, fikir yg baik baik, insyaallah yg dtg pun baik baik huga

    ReplyDelete
  7. Depa ada PHD tu jadi camtu kaan ^-^

    ReplyDelete
  8. Ye..selalu jadi macam tu kan sis?

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..ada jugak eh yg tya cenggitu? X pnh terpikir plak nk tya soklan ceggitu..ibadah kita sndiri pon lom tentu sempurna...ni kan pulak nk check ibadah org lain...ckup laa sekadar kita mendoa yang terbaik utk org lain dan xperlu tambah dosa kita...

    ReplyDelete
  10. orang kita mudah je judge org based on physical appearance..pakai baju selekeh kata, buat gitu kata..dosa percuma je.

    ReplyDelete
  11. betul tu CM.. biarlah kalo orang tu jahat skalipun bukan keje kita nak jatuhkan hukuman.. skali Allah twist hati dia kasi hidayah tah tah jauh lebih baik dari hati kita yg prasan da hebat ni.. doakan sajalah smoga dia brubah atau paling x pun.. biarkan saja. x gnggu kita jadi takyah oening..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...