Tahukah Anda : Rahsia Kesihatan Berpuasa | Ramadhan bermakna kita akan berpuasa selama sebulan . Maka bermulalah perubahan jadual pemakanan kita . Kita akan melalui hampir 12 jam tanpa makan dan minum . Dengan itu , sistem dalam badan kita juga akan berehat untuk hampir 12 jam .
Rahsia Kesihatan Berpuasa
Puasa bukan sahaja memberi ruang kepada umat Islam mengumpul pahala , sebaliknya menjadi salah satu terapi kesihatan yang tersembunyi seribu satu hikmah di dalamnya .
1- Awet Muda Dan memanjangkan Usia
Ketika berpuasa , badan akan merembeskan sejenis hormon anti penuaan atau hormon pertumbuhan . Ia juga dikatakan berpunca daripada proses pembentukan sintesis protein yang lebih efektif . Ketahanan badan ketika berpuasa lebih baik serta kadar metabolik menjadi lebih rendah .
2- Menurunkan Berat Badan
Hikmah ini sedia diketahui ramai . Individu yang terperangkap dengan masalah obes dan ingin menurunkan berat badan secara sihat tahu puasa adalah cara terbaik .
Selain itu , puasa menjadi bonus kepada pesakit diabetis dan tekanan darah tinggi yang ingin menurunkan paras tekanan darah serta kandungan gula dengan lebih baik .
Puasa memberikan cara diet yang stabil dan berbeza dengan puasa menahan lapar ketika hari biasa . Setelah sebulan berpuasa , pesakit tidak akan mendapati kenaikan berat badan yang mendadak kerana tubuh selalunya sudah ' biasa ' .
3- Ketengan Mental Dan Emosi
Dari segi kesihatan mental , secara tidak langsung umat manuia merasa lebih tenang di bulan Ramadhan yang mulia ini . Ia mungkin kerana sudah terakam di dalam minda . Puasa mengurangkan segala anasir jahat yang biasa berlaku pada hari-hari biasa .
Selain itu , percaya kepada ganjaran yang berlipat ganda pada bulan puasa menjadikan mereka lebih bertumpu kepada menunaikan ibadah , sekaligus mengurangkan tekanan .
4- Mengurangkan Risiko Penyakit Aterosklerosis
Kajian turut mengesahkan penurunan dari segi kandungan kolesterol dan gula . Ini tentunya mengurangkan risiko penyakit Aterosklerosis ( sejenis penyakit pada arteri di mana plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam dan akhirnya menyebabkan aliran darah tersekat ) . Keadaan ini sering berlaku di kalangan pesakit diabetis .
5- Solat Tarawih Memetabolismekan Makanan
Indah dan lengkap sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat tarawih pada sebelah malamnya . Itulah hikmahnya yang tersembunyi dan hanya dinikmati oleh mereka yang rajin beribadah . Solat sunat terawih membantu memproses makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga ( sehingga 200 kalori ) . Ia tak ubah seperti senaman tanpa disengajakan . Gerak badan serba ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular ( jantung dan aliran darah ) .
6- Mempercepat Proses Pemulihan
Ketika berpuasa , penggunaan tenaga diarahkan dari sistem penghadaman ke sistem-sistem lain seperti penyembuhan , imun atau metabolisme badan . Manakala proses penggantian tisu yang rosak menjadi bertambah baik hasil proses pembetukan protein sintesis yang semakin berkesan yang disebabkan oleh antibodi badan yang lebih teratur .
Pembetukan protein akan menghasilkan sel-sel serta tisu yang lebih sihat . Kajian juga mengesahkan berlaku penurunan suhu badan dan kemerosotan kadar asas metabolisme badan ketika berpuasa sekaligus menjadikan badan menyimpan lebih tenaga .
7- Mendisiplinkan Diri Agar Berhenti Merokok
Ini pernyataan yang kurang digemari oleh golongan perokok . Amalan puasa dapat melatih perokok meninggalkan amalan berbahaya ini .
Puasa bermakna mengurangkan nikotin di dalam badan perokok , Jika ingin benar-benar berhenti , bulan puasa adalah medan perjuangan terbaik buat perokok . Mula berlatih tidak merokok pada waktu siang dan jangan pula mengambil rokok sebagai ganti ketagihan pada waktu malam .
8- Pemakanan Ideal Di Bulan Ramadhan
- Pastikan mengambil makann yang seimbang ( buah-buahan , sayuran , karbohidrat , protein ) ketika bersahur dan berbuka .
- Tidak perlu makan banyak . Ini boleh menyebabkan senak atau kembung perut . Ketika berbuka disunatkan mengambil kurma kerana kandungan gula yang tinggi bertindak sebagai pembekal tenaga .
- Sementara itu , ketika bersahur disyorkan makan makanan yang lambat hadam iaitu bijirin seperti oats , gandum dan lain-lain kerana makanan jenis ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses iaitu lapan jam .
0 Response to "Tahukah Anda : Rahsia Kesihatan Berpuasa"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...