Assalamualaikum...
Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik | Bismillah . Saya percaya , ada antara anda yang menghidap gastrik . Tidak kira sama ada gastrik manja ke , sederhana ke atau brutal punya gastrik . Tapi gastrik " trick " tak boleh ya . Apabila masuk Ramadhan sahaja tetiba dapat gastrik ... ermmm . Ada cara yang sesuai berpuasa bagi penghidap gastrik ini .
Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik
Bukan mudah bagi pesakit gastrik akut untuk menjalani ibadah puasa . Oleh kerana puasa Ramadhan hukumnya wajib , selagi tidak mendatangkan mudarat , pesakit gastrik tetap wajib menjalani ibadah puasa . Pun begitu , ada alternatif yang pesakit gastrik boleh lakukan di bulan Ramadhan untuk mengatasinya .
Bagaimana Gastrik Terjadi
Untuk pengetahuan anda , gastrik ni boleh terjadi bila anda mengambil diet yang ada kandungan garam yang tinggi. Makanan pedas , mengambil kafein tak menambah risiko serangan ulser tapi boleh sebabkan pedih ulu hati atau ketidakhadaman . Gastrik boleh serang bila anda stress , merokok , minum kafein minum alkohol dan makan aspirin . Gastrik hanya boleh dilegakan dengan minum susu atau antasid .
- Mengambil berat tentang pengambilan makanan semasa bersahur .
- Bersahur pada waktu menjelang imsak , BUKANNYA sebelum tidor .
- Bersederhana ketika berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu ulu hati .
- Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh .
- Tidak makan antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur bagi memastikan makanan dihadamkan dengan betul .
- Tidak makan makanan seperti cuka , rempah , berlemak dan sayuran yang banyak gas cam brokoli , kubis dan kacang soya .
- Makan buah kurma sekurang - kurangnya 7 biji di waktu sahur .
- Anda juga digalakkan mengambi jus kurma sebagai minuman diwaktu bersahur .
Alternatif yang boleh digunakan :
1. Baca al - Fatihah
2. Baca selawat as - Syifa
3. Baca doa untuk sakit Gastrik
4. Tiupkan ke dalam segelas air ( air mineral / air
yang ditapis / diambil dari kolam masjid ) .
5. Baca selawat 3 x , minum...insya Allah .
Puasa Kerana Ibadah
Sudah tentu bukan mudah untuk pesakit gastrik berpuasa . Sekiranya pesakit gastrik berpuasa dengan niat untuk menjalankan ibadah kepada Allah , insha Allah akan dipermudahkan ibadah puasa anda .
Saya adalah pengidap gastrik, pernah sekali masuk wad masa pertama kali diserang gastrik kronik dulu. Walaupun dari semasa ke semasa masih diserang gastrik, anehnya di bulan Ramadhan Allah pelihara saya dari diserang gastrik. Begitu besar hikmah Ramadhan, alhamdulillah...
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat..
ReplyDeleteSemoga ada jalan penyelesaiannya...
ReplyDeleteAllah maha pengasih
ambil antasid...fatwa lain karut dan direka2...
ReplyDelete