Assalamualaikum ...
Mereka Yang Dikenakan Fidyah Puasa | Bismillah . Fidyah puasa pula ialah amalan memberikan sedekah kepada fakir miskin dengan secupak beras bagi sehari berbuka puasa yang ditinggalkan mengikut syarat - syaratnya .
Mereka Yang Dikenakan Fidyah Puasa
Mereka yang perlu membayar fidyah puasa antaranya termasuklah
1- Orang Yang Tidak Dapat Mengqada' Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Sekali Lagi
Orang yang tidak dapat menqada' puasa sehingga masuk Ramadhan sekali lagi , maka perlu membayar fidyahnya iaitu satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalakan disamping mengqada' puasa bagi sethun yang tertinggal .
Jika tidak diqada' sehingga melampaui dua tahun maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari ( tiada tambahan ) .
2- Orang sakit yang tiada harapan sembuh
3- Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya berpuasa
4- Orang Yang Ada Qada' PuasaTapi Meninggal Dunia
Apabila ada di kalangan ahli keluarga anda meninggal dunia dan arwah ada qada' puasa yang belum ditunaikan , ahli keluarga perlu membayar fidyah bagi arwah atau ambil dari harta yang ditinggalkannya untuk membayar fidyah .
5- Ibu Yang Mengandung Dan Menyusukan Anak
Ibu yang mengandung dan menyusukan anak perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya .
Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan
Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan , maka kedua -dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat ( denda ) seperti :
1- Memerdekakan seorang hamba Mukmin lelaki atau perempuan ( sekiranya tidak mampu ) .
2- Berpuasa dua bulan berturut - turut tanpa terputus ( kalau tidak berdaya ) .
3- Memberi makan kepada 60 orang fakir / miskin .
Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa , jahil tentang haramnya atau dipaksa keatasnya , tidaklah wajib kifarat .
SUMBER : Indahnya Hidup Bersyariat ( 153/154 )
SUMBER : Indahnya Hidup Bersyariat ( 153/154 )
tq perkongsian :-))
ReplyDeletekena ingat2 balik....
ReplyDeletezaman budak2 dah baligh dulu, ada tak tertinggal posa...
saya sudah membayar fidyah, hanya belum membayar ganti puasa sepenuhnya.
ReplyDeleteThanx untuk perkongsian ni.
ReplyDeleteohhh baru tahu pasal ni.. tq kerana share :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Vee,
ReplyDeleteT.kasih. Perkongsian yg sgt bermenafaat.
perkongsian yg bermakna...hihih
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletenice sharing mmberi pencerahan pada yg memerlukan
nice sharing...
ReplyDelete