Assalamualaikum ...
Khasiat Halba Sunnah | Dengan lafaz Bismillah . Halba adalah sejenis rempah ratus yang sudah digunakan di timur tengah berabad - abad lamanya . Bukan sahaja digunakan untuk masakan malah juga sebagai alternatif untuk menyembuhkan penyakit .
Halba ni berasal daripada perkataan Arab ' Hulbah ' (Øلبة) Nama botaninya Trigonella Foenum - Graecum . Orang Inggeris memanggilnya sebagai Fenugreek . Ia adalah tanaman separa gersang di timur tengah , juga banyak negara lain di dunia .
Pada satu hari , Rasulullah SAW menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit . Rasulullah disuruh memanggil tabib . Al Harith ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abi Waqqas . Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan kurma Ajwa'. Dengan izin Allah , Saad sembuh daripada penyakitnya .
Daripada Al - Qasim bin Abdul Rahman , Rasulullah SAW bersabda ;
" Berubatlah kamu dengan hulbah . "
( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas . "
( Books of Sufi Healing ms; 58 )
Khasiat biji Hulbah / halba ni sangat banyak . Malah ia antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al - Abqirad ( Hippocrates ) seorang bapa perubatan Yunani .
Khasiat Halba Sunnah
Biji halba dihancurkan dan dijadikan seperti kanji . Pastu makan dapat cantikkan buah dada ( diamalkan wanita Arab )juga menambah susu untuk ibu mengandung
Untuk jadikan teh , ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan / gelas , tuangkan air panas dan biarkan semalaman . Pagi , sebelum minum atau gosok gigi ;
1- Jadikan pekat lebih daripada teh , minum untuk legakan sakit tekak dan bau badan , berkumur boleh hilangkan bau mulut .
2- diminum bercampur madu boleh hilangkan anemia serta kurangkan ketagihan pada rokok dan dadah .
3- minum menggantikan teh atau jadikan tonik dapat melancarkan haid serta kurangkan senggugut, menghilangkan kembung , sebu , senak serta buang angin , mencuci perut , kuatkan jantung ,melegakan sakit kepala / migraine ,juga demam , menembuhkan buasir , melawaskan kencing , rangsang rahim , radang kulit , bisul , kegemukan serta kawal kencing manis .
Kalau menelan mentah ( 2-3 gram ) beri kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit sendi .
Bukan itu saja , halba juga baik untuk tumbesaran anak - anak , kecerdasan serta kekuatan badan .
Malah baik untuk pasangan suami isteri untuk menambahkan air mani juga menguatkan nafsu , memanaskan buah pinggang serta organ pembiakan . Tabib kuno Cina menggunakannya untuk merawat mati pucuk .
Dalam hadis , tiada disebut jenis halba yang digunakan dalam perubatan . Begitu juga dengan ustaz Sharhan Shafie . Maka , segala jenis halba di pasaran boleh digunakan .
Wallahu'alam .
Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, m.s. 597-598.
Kitab Tib Al-Nabawi m.s. 276,
kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil m.s. 162-163,
kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil m.s. 191-912.
( Sumber )
~ Sumber Informasi ~
Baru tahu halba nie asal daripada perkataan Arab ^_^
ReplyDeleteooOooo ye ke... pasnie nak masak taruk halba laa... taruk dalam kari pun sodapp... :)
ReplyDeleteBaru tahu... terima kasih sudi berkongsi :)
ReplyDeleteMasak nasi lemak taruk halba bnyak2 pun sedap
ReplyDeleteMasak nasi lemak taruk halba bnyak2 pun sedap
ReplyDelete