Penggunaan Ubat Yang Membatalkan Puasa Dan Tidak Membatalkan Puasa | Syarak mengharuskan pesakit-pesakit meninggalkan puasa sekiranya ia tidak mampu melakukannya . Ia wajib mengqhada'kannya berdasarkan firman Allah :
Sekiranya seorang pesakit menderita kesakitan , ia perlu mendapatkan nasihat doktor pakar yang beragama Islam untuk menentukan sama ada boleh berpuasa ataupun tidak .
Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh , wajib membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin atau kafir bagi setiap hari yang ditinggalkan .
Bagi pesakit yang menggunakan ub dan alat-alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut , lubang hidung , telinga , dubur ( suppository ) dan faraj ( pessary ) , apabila dimasukkan ubat atau alat-alat perubatan , huaraian masalah adalah seperti berikut :
Penggunaan Ubat Yang Membatalkan Puasa
- Tablet sublingual ( bawah lidah ) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan
- Ubat suntikan sama ada melalui lapisan kulit , otot , sendi atau salur darah .
- Ubat titis mata dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
- Ubat jenis sapuan (krim atau salap) balutan dan plaster pada permukaan kulit .
- Ubat kumur ( termasuk berkumur-kumur secara gargle iaitu sehingga air hampir ke tekak ) dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan .
- Ubat sembur hidung - dengan syarat tak disedut
- Ubat bius setempat atau bius separuh ( local ) dengan semburan atau suntikan setempat
- Pendermaan atau pemindahan darah
- Melakukan prosedur tampalan gigi , cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi dengan siwak ( tooth cleanser ) dengan syarat indidvidu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa procedur rawatan tersebut dijalankan .
- Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal
- Memasukkan tiub kecil ( catheter ) melalui saluran darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung .
- Menjalani ujian laparoscop , iaitu pemeriksaan dalaman yang menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit .
- Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ-organ lain untuk tujuan analisa makmal .
- Rawatan dialisis untuk rawatan sakit buah pinggang sama hemodialisis atau pun peritonealdialisis .
- Penggunaan ubat buasir yang memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa termasuk pada kawasan rongga yang dalam .
Penggunaan ubat yang membatalkan puasa
- Ubat biji
- Ubat minum
- Ubat sedut ( Inhaler ) untuk merawat lelah atau penyakit paru-paru kronik
- Memasukkan sebarang tiub kecil ( Pessary ) iaitu sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian , pemeriksaan dalaman vagina / faraj , atau memasukkan jari oleh doktor atau jururawat yang melakukan pemeiksaan dalaman vagina wanita .
- Suppositori dan Enema iaitu ubat yang dimasukkan ke dalam dubur
- Ubat bius menyeluruh - yang melibatkan gas.
- Memasukkan sebarang tiub catheter , alat pemeriksaan dalam saluran kencing , barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita untuk sumbatan saluran kencing .
- Penggunaan teropong usus atau teropong perut untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman .
- Penggunaan alat sepeti enema , tiub suppository , teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan .
- Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas .
Panduan cara pengambilan ubat oral ketika bulan puasa
Kekerapan ubat
|
Masa pengambilan
| |
sebelum makan
|
Selepas makan
| |
Sekali sehari
|
Sebelum bersahur
|
Selepas berbuka
|
2 kali sehari
|
1. sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama.
|
1. Selepas bersahur
2. Selepas berbuka
|
3 kali sehari
|
1. Sebelum bersahur
2. selepas berbuka, sebelum mengambil menu utama
3. sebelum tidur
|
1. selepas bersahur
2. selepas berbuka
3. sebelum tidur
|
Ubat empat kali sehari
Jika anda perlu memakan ubat empat kali sehari untuk merawat penyakit anda , minta nasihat pakar jika ada alternative lain untuk memudahkan anda berpuasa .
Sumber rujukan:
Buku Panduan Berpuasa Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
thanks 4 sharing... ;-)
ReplyDelete