Kelebihan Dan Amalan Malam Lailatul Qadar


ASSALAMUALAIKUM....

Kelebihan Dan Amalan Malam Lailatul Qadar Ramadhan makin menghampiri penghujungnya . Beberapa malam lagi akan bermulanya malam 10 terakhir Ramadhan . Malam kita perlu mencari Lailatul Qadar dengan pelbagai ibadah termasuk bertaubat dan meminta keampunan dengan melakukan qiamullail . Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia , yang turun padanya Malaikat Jibrail dan beberapa Malaikat lalu membuka sayapnya dari timur ke barat ( masyriq ke maghrib ) lalu memberi salam kepada setiap muslim yang berjaga malam dengan beribadah demi mencari keredhaan Allah .



Kelebihan Dan Amalan Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar


Pada 10 malam terakhir , carilah malam lailatul qadar . Tiada siapa yang mengetahui bilakah malam lailatul qadar . maka lakukanlah ibadah sebanyak mungkin pada setiap malam di 10 malam terakhir . Pada malam lailatul qadar ,
  • orang yang duduk beribadat
  • orang yang bersembahyang dan berzikir
  • orang yang berjabat tangan sesama muslim

dan MENGUCAP AAAMIIIN DOA ORANG - ORANG MUKMIN HINGGA TERBIT FAJAR SUBUH  dengan PERINTAH ALLAH . 

....berkata para Malaikat kepada Jibril , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad SAW pada bulan Ramadhan ini ! . 

Berkata Jibril : 


Bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadat kepada Nya dan dimaafkan mereka , diampunkan dosa - dosa mereka , melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu 


  • orang yang kekal minum arak
  • orang yang derhaka kepada ibubapanya
  • orang yang memutuskan silaturrahim
  • orang yang tidak bercakap dengan  saudaranya lebih 3 hari

Orang yang berjaga malam bertujuan beribadah untuk mendapatkan MALAM LAILATUQADAR , hanya orang SALIHIN yang MUQARRABUN , 

  • YANG DIAMPUNKAN ALLAH SEGALA DOSA - DOSANYA  .
  • DIBERIKAN PAHALA YANG BANYAK
  • DILIMPAH KURNIAKAN RAHMAT KEATASNYA
  • KEBERUNTUNGAN KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT
  • MENDAPAT KEAMPUNAN DAN RAHMAT TERBESAR
  • MENDAPAT PIMPINAN ALLAH DALAM HAYATNYA
  • MENDAPAT KEREDAAN ALLAH DALAM HIDUPNYA DUNIA DAN AKHIRAT .

Kelebihan Dan Amalan Malam Lailatul Qadar


AMALAN PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN ( sekadar panduan )


Mulai jam 12.00 tengah malam

1. Sembahyang sunat wuduk

2. Sembahyang sunat Hajat ( minta dipertemukan dengan malam lailatulqadar )

3. Membaca Al - Quran

4. Istighfar ( 1000 x )

5. Zikrullah 
                  
Malam Lailatul Qadar

6. Bertasbih

Malam Lailatul Qadar


7. Selawat ke atas Nabi ( 100 / 1000 x ) 

8. Sembahyang sunat Tahajjud

9 . Sembahyang sunat Tasbih


Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar badannya akan rasa sejuk / dingin kerana dihampiri oleh para malaikat ( sebentar sahaja ) . Hendaklah segera mambaca :

Malam Lailatul Qadar


Kelebihan Malam Lailatulqadar


Kelebihan malam al-Qadar apabila Syaitan dibelenggu pada Ramadan untuk tidak menggoda manusia, menjerumuskan mereka dalam kemaksiatan seperti dilakukan pada bulan lain. 

Kelebihan paling besar bulan Ramadan ialah di dalamnya terdapat malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah SWT dalam surah al-Qadr : 



"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
( Surah al-Qadr, ayat 1-5 )



Dari Abu Hurairah r.a. , dari Nabi s.a.w. sabdanya yang bermaksud : 

" ... barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang ( dan pelbagai jenis ibadat yang lain ) , sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala , nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu . " 
( Riwayat Bukhari )

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa

1- Nabi Muhammad s.a.w. mencari-cari malam Lailatulqadar serta menyuruh para sahaat mencari malam tersebut .

2- Sesiapa yang bertemu dengan malam Lailatulqadar dan mengisinya dengan melakukan ibadat serta mengharapkan rahmat daripada Allah , dijanjikan keampunan ke atas dosa-dosanya yang lalu .

3- Masa berlakunya malam Lailatulqadar tetap dirahsiakan supaya setiap orang Islam menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadah .

4- Menurut huraian ulama , rahimahullah , lailatulqadar merupakan ' kemuncak bulan Ramadahn " kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran al-Karim dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.  

5- Sebab itulah umat Islam digalakkan menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadah seperti membaca  al-Quran , beristighfar , bertasbih, bertahmid , bertahlil dan berselawat atas nabi Muhammad s.a.w. 

6- Orang-orang yng tekun beribadah pada sepuluh malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada ia dapat menemuinya ( dengan melihat sesuatu yang luar biasa ) atau tidak dapat menemuinya dan tidak melihat apa-apa .


1 Response to "Kelebihan Dan Amalan Malam Lailatul Qadar"

  1. Terima kasih atas perkongsian...moga kita dipertemukan dgn malam Lailatul Qadar..in shaa Allah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...