Jadilah Orang Yang Menegakkan Keadilan


Assalamualaikum ...

Jadilah Orang Yang Menegakkan Keadilan | Bismillah . Menegakkan keadilan dan kebenaran adalah ciri - ciri orang yang beriman  . Inilah merupakan ikatan perjanjian yang telah diikat Allah s.w.t. dengan manusia muslim . Allah s.w.t. memerintahkan kita agar bersikap adil dalam membuat pertimbangan dan hukuman . Jangan sekali - kali atas sentimen kasih dan benci , kita membuat pertimbangan yang salah dengan tidak menegakan keadilan .

Firman Allah yang bermaksud :

" Wahai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang - orang yang menegakkan keadilan kerana Allah , lagi menerangkan kebenaran ; dan janganlah sekali - kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan . Hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa . Dan bertaqwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan . "
( Surah al - Maidah : 8 )


Jadilah Orang Yang Menegakkan Keadilan



Jadilah Orang Yang Menegakkan Keadilan


Larangan tegas diatas diingatkan oleh Allah s.w.t. kepada orang - orang yang beriman seperti mana yang berlaku ke atas muslimin lantaran sikap ingin membalas dendam dan marah terhadap kaum musyrikin Mekah yang telah menghalang mereka memasuki Masjidil Haram .

Sikap adil dalam membuat pertimbangan dan hukuman , arahan dan perlaksanaan adalah manifestasi takwa yang tinggi . Keadilan adalah lambang ketakwaan dan martabat diri yang mulia dan Allah s.w.t. amat mengetahui sikap dan pendirian seseorang dalam membuat pertimbangan dan perlaksanaan . 

Membuat Pertimbangan


Jiwa  manusia tidak dapat mendaki kemuncak pengawalan perasaan khusus dalam membuat pertimbangan dan hukuman melainkan jiwa tersebut berinteraksi secara langsung dengan Allah bukannya kerana sesuatu tujuan yang lain . Orang yang bertqwa meletakkan neraca pertimbangannya menurut kehendak Allah s.w.t. dan Rasul - Nya dan tidak berdasarkan hawa nafsu dan keinginan - keinginan yang lain .

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )




9 Responses to "Jadilah Orang Yang Menegakkan Keadilan"

  1. Moga kita dikalangan orang yang adil...

    ReplyDelete
  2. Tegakkan la keadilan sekalipun kebenaran itu pahit...

    ReplyDelete
  3. Lakukan segalanya hanya kerana Allah. Pasti hidup aman.

    ReplyDelete
  4. Tak ramai orang yang berani menegakkan keadilan kerana menegakkan keadilan perlukan pengorbanan dan risiko. Bila diberi pilihan antara kesejahteraan keluarga dan risiko menegakkan keadilan, ramai yang memilih keluarga. Tak semua orang seberani imam Hambali, Hanafi, Maliki yang rela masuk penjara dan mati dalam penjara cuma kerana nak menegakkan keadilan dan kebenaran. Di Malaysia juga begitu, memang ada yang berani masuk penjara demi menegakkan keadilan, tapi ramai (termasuk saya!) merupakan orang-orang yang tak berani masuk penjara hanya untuk menegakkan sebuah kebenaran!

    ReplyDelete
  5. nice share.. insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Wahai org beriman, jadilah kamu para penegak keadila n menjadi saksi krn Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu... (an-nisa : 135)

    ReplyDelete
  7. Ye, jika tak mampu bertindak adil dgn tangan atau lidah.. nak buat mcm mane.. cukuplah membenci kejahatan dan ketidakadilan dan tidak bertukar jadi mcm orang sebegitu..

    ReplyDelete
  8. Klu ada sifat ikhlas dlm pekerjaan dan kehidupan, pasti keadilan dpt ditegakkan.. aamiin.
    melawat promo content yg baru menjelma.. :)

    ReplyDelete
  9. bukan semua org bleh berlaku adil kerana nk mengeak keadilan didunia ni umpama berjihad....ramai yang takut utk menegak keadilan sedangkan tau kebenarannya....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...