Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha


Assalamualaikum ...

Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha | Bismillah . Solat sunat di pagi hari sebenarnya bukan sekadar solat Dhuha tetapi juga solat sunat Isyraq . Bagaimanapun , solat sunat Dhuha sudah biasa disebut berbanding solat sunat Isyraq yang jarang kita lihat diwar-warkan di blog . Oleh itu , di sini CM nak kongsikan kepada anda solat sunat Isyraq selain solat sunat Dhuha yang dianjurkan dilakukan di pagi hari .


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha


Solat Sunat Isyraq


Tujuan solat sunat Isyraq dilakukan adalah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan hamba-Nya sehari lagi untuk mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari yang berlalu kita telah banyak melakukan dosa .

Solat sunat Isyraq ini dilakukan 2 rakaat selepas waktu Syuruk setelah matahari terbit iaitu setelah matahari naik segalah sekitar jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi atau sama seperti waktu solat Dhuha .

Solat sunat Isyarq diberi tempoh jarak masa sebegini selepas waktu Syuruk (terbit matahari) bertujuan supaya solat Isyraq tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Dari Abdullah bin Umar r.a. , katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda : 
“Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.”  (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata , Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallambersabda:
 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.) 


Cara Solat Isyraq


1- Lafaz Niat


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha



2- Bacaan Dalam Solat


    a) Rakaat Pertama

  • al - Fatihah
  • al - Kafirun

    b) Rakaat Kedua

  • al - Fatihah
  • al - Ikhlas

3- Doa Solat Sunat Isyraq


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha


Solat Sunat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu  zuhur . Solat Sunat Dhuha dilakukan 2 ,4 , 6 atau 8 rakaat .

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali r.a. katanya ;

" bahawa Rasulullah s.a.w. bersolat Dhuha enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika terbit matahari dua rakaat dan juga tatkala matahari naik pertengahan sedikit , Baginda melakukan sebanyak empat rakaat . "


Cara Solat Dhuha


1- Lafaz Niat


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha



2- Bacaan Surah Yang Dianjurkan Ulama :


a) Solat Dhuha Dua Rakaat

  • Ayat al - Kursi 10 kali dan Al - Ikhlas 10 kali atau
  • As - Syams dan Ad - Dhuha atau
  • Al - lail dan Al - Insyirah.

b) Solat Dhuha Empat Rakaat

  • Solat Pertama :   As - Syams dan Ad - Dhuha
  • Solat Seterusnya :   Surah al - Kafirun dan Al - Ikhlas

3- Bacaan Sujud Akhir Dibaca Sebanyak 40 Kali


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha



4- Bacaan Doa Solat Dhuha


Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha


Fadhilat Solat Sunat Dhuha


Solat sunat dhuha banyak fadhilatnya . Justeru itu , lakukanlah setiap hari selagi anda ada kelapangan waktu dan kesihatan yang baik untuk melakukannya . Antara fadhilat melakukan solat sunat Dhuha ;


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”


Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).


Sumber ; Indahnya Hidup Bersyariat ( 127 / 130 ) 




15 Responses to "Solat Sunat Isyraq Dan Solat Sunat Dhuha"

  1. dah masuk hari ke 9 tahun baru.
    selamat tahun baru 2015 :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini sis..

    ReplyDelete
  3. Baru tau serba sedikit 2 solat ni.. jarang org sebut2 pasal solat isyraq.

    ReplyDelete
  4. Semoga sentiasa diberi kelapangan waktu utk sentiasa menunaikannya.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. Memang agak keliru tentang waktu tu...
    Good info..thanks CM

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus ni! Benar... Jarang sekali solat isyrak di war-warkan.

    ReplyDelete
  7. kena pandai timing ni.. ni first time saya dengar tentang solat sunat isyraq.. astaghfirullahalazim.. cetek benar ilmu agama ni..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah saya ada amalkan solat israq dan duha ni...persoalan saya masa untuk solat israq ni bergantung waktu syuruk..contoh kalau waktu syuruk 7.02 maka waktu israq 7.15 or 7.30am? Ada yang kata 20 minit selepS syuruq? Mohon pencerahan admin. Waktu syuruq antara 7.20-7.30 ke? Tqvm admin...Assalamualaikum

    ReplyDelete
  9. waktu syuruk tak menentu . Jadi lebih baik Puan Zainab lakukan solat Isyrak antara jam 7.30 hingga jam 8 pagi ... wallahua'lam .

    ReplyDelete
  10. Utamakan yg utama. Dhuha lbh utama utk diamalkan. Boleh buat isyrak jika kita solat subuh (fajar) berjemaah. Lps solat subuh terus iktikaf dlm masjid dan lps waktu syuruk buatlah sunat Isyrak dan Dhuha sebaik settle Isyrak

    ReplyDelete
  11. Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.

    ReplyDelete
  12. Solat sunat Isyraq ini dilakukan 2 rakaat selepas waktu Syuruk setelah matahari terbit iaitu setelah matahari naik segalah sekitar jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi atau sama seperti waktu solat Dhuha .

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah ! Dan terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dh dpt pnyelesaian,trima kasih semua ats ilmu yg brmanfaat ini....

    ReplyDelete
  15. insya allah dlm bln ramadan ni dpt laa jg nk buat solat dhuha tu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...