Tahukah Anda : Waktu Berbuka Adalah Waktu Mustajab Doa | Doa merupakan perlakuan kita memohon sesuatu kepada Pencipta , Allah s.w.t. di samping berusaha untuk memperolehi sesuatu . Doa pula ada tempat dan waktu mustajabnya seperti berdoa ketika hujan , berdoa di malam jumaat , berdoa di Mekah dan sebagainya .
Waktu Berbuka Adalah Waktu Mustajab Doa
Satu hari dalam bulan Ramadhan 2012, jutawan Shaklee tuan haji Roslan Ghazali ajak bincang tentang peluang bisnes Shaklee di Hotel De'Palma Ampang, saya hadir bersama mak sedara saya.
Sewaktu berbincang, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :
" Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya"
Beliau jawab :
"InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka"
Saya kehairanan lalu bertanya kenapa
Beliau menjawab : " Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam ... tengok2 dah azan..RUGI..! "
" Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL.."
" RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa "
Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan....
" Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. "
"Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun... ALLAHu akbar...." kata beliau lagi....
"Buatlah kakyong.. inshaaALLAH lain you rasa...dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai...inshaaALLAH " Akhiri beliau
Saya senyp sepanjang perbualan.
Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan jutawan Haji Roslan Ghazali
Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.
Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka,
atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan
Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga "mengejar" bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.....
Saya terbanding diri saya dengan beliau...
Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu,
ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit,
buah lah
air lah
kuih tak potong lagi lah
tuang nasi lah
memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri....
Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE
1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk saya beralasan untuk tidak ke masjid
2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.
Inilah sejarahnya kenapa saya akhirnya telah 4 tahun tak memasak di rumah untuk anak-anak berbuka.
Terima kasih tuan jutawan Haji Roslan atas tarbiyah yang tuan sisipkan....
sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan....
Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk tidak masak untuk anak-anak berbuka sebaliknya menumpag KASEH di rumah ALLAH....
Saya bukanlah orang yang banyak amal soleh plus dosa pula sangat banyak sampai tak tertanggung,
Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat....
Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna,
namun ALLAH terima kerana RAHMATNYA amat luas dan besar....
dan seoga kita berjaya mendapat itqun minann naar di Ramadhan kali ini, lepas dan bebas dari api neraka dan keluar dari Ramadhan bak bayi baru lahir, fitrah, bersih dari dosa....
Asy-hadu alla ILAHA illALLAH
Astaghfirullah
As-alukal jannah wan au'zubika min sakhatika wannar
ALLAHumma innaka 'afuwwun kareem
Tuhibbul 'afwa
fa'fu'anni
Ammiiin.
Antara saat mustajab doa bagi orang yang berpuasa ialah ketika ia *berbuka puasa*
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja. *boleh diubah mengikut hajat masing2*
💚💚 setiap hari *1 doa* ketika *berbuka puasa* 💞💞
1. Sihat tubuh badan.
2. Tambah iman.
3. Mati yang baik.
4. Beri jln rezeki yg kau redhai.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tangan kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajjal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
*Semoga memberi manfaat buat semua*
*Sila sebarkan seluasnya*
Ustaz Rahim Nasir
*Ketua Urusan Ulama' Gombak*
Isnin 9 Ramadhan 1437 Hijriah /
14 Jun 2016 Masihi.
0 Response to "Tahukah Anda : Waktu Berbuka Adalah Waktu Mustajab Doa"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...