Asalamualaikum ...
Mereka Yang Diberi Rahmat Allah | Bismillah . Ada perbezaan ketara tentang sikap antara golongan orang mukmin dengan golongan orang munafik . Golongan munafik sentiasa menyeru kepada kejahatan sebaliknya golongan mukmin pula menyeru kepada kebaikan dan hak . Golongan munafik juga sentiasa melarang berbuat kebaikan manakala golongan mukmin melarang dalam melakukan perkara - perkara yang mungkar .
Firman Allah yang bermaksud :
" Dan orang - orang yang beriman , lelaki dan perempuan , sebahagian mereka ( adalah ) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain . Mereka menyuruh ( mengerjakan ) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat , serta taat kepada Allah dan Rasul - Nya . Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah , sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana . "
Mereka Yang Diberi Rahmat Allah
Sifat - sifat unggul seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas , adalah garis panduan untuk seseorang insan itu mendapat kejayaan di dunia dan akhirat . Orang - orang mukmin itu sentiasa menjaga keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. dan Rasul . Tanpa saling menjaga antara satu sama lain nescaya mereka terdedah kepada ancaman musuh tradisi iaitu iblis dan syaitan .
Justeru , adalah sangat penting bagi setiap individu muslim menyusun strateginya dalam urusan peribadinya , kemasyarakatan mahupun negara .
Mereka digalakkan menyeru kepada makruf dan mencegah daripada perkara mungkar . Sekiranya setiap individu muslim mengambil peranan masing - masing dalam usaha sebegini , nescaya mereka akan diberi rahmat oleh Allah s.w.t. .
Selain daripada usaha - usaha seperti yang disebutkan di atas , kekuatan orang mukmin juga adalah kerana mereka menjaga hubugan dengan Allah s.w.t. dengan menjaga solatnya . Di sinilah datangnya kekuatan jiwa dan semangat untuk terus memakmurkan muka bumi ini .
Ciri - ciri lain orang mukmin adalah mereka saling membantu , taat dan patuh terhadap suruhan dan larangan Allah serta Rasul - Nya . Allah s.w.t. menyatakan ganjaran yang akan diberikan kepada golongan yang berjaya .
Memiliki Sifat Unggul
Setiap muslim mestilah mempunyai sifat unggul untuk berjaya di dunia dan akhirat melalui seruan yang makruf dan mencegah yang mungkar , mendirian solat , mengeluarkan zakat dan taat kepada perintah Allah dan rasul - Nya .
Jabatan Kemajuan IslamMalaysia ( JAKIM )
Jabatan Kemajuan IslamMalaysia ( JAKIM )
Golongan munafik ini ada di sekeliling kita. Mulut cakap lain, hati kata lain dan akhirnya mereka bertindak mengikut kata hati yang tak kita jangka. Golongan ini sungguh bahaya sebab kita tak mengenali mereka hingga di suatu saat yang sudah terlambat...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini.
ReplyDelete