Assalamualaikum ...
Orang Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa | Bismillah . Puasa Ramadhan yang diwajibkan bukanlah malah tidak sekali - kali mahu menzalimi umat Islam . Justeru itu , sudah tentu ada pengecualian untuk orang yang benar - benar tidak mampu melaksanakan puasa Ramadhan .
Orang Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa
Untuk mengelakkan orang ramai sesuka hati meninggalkan puasa , maka Islam menggariskan beberapa ciri / orang yang boleh meninggalkan puasa . Berikut adalah senarai orang yang dibenarkan meninggalkan puasa .
1- Orang Yang Sakit
Orang yang sekiranya ia berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis - jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambah keuzuran .
Mereka boleh meninggalkan puasa tetapi wajib mengqhada'kannya ( ganti ) setelah dia sihat .
2- Musafir
Orang musafir dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak harus berbuka puasa dengan syarat perjalanannya itu melebihi 2 marhalah ( kira-kira 89 km ) .
Puasa yang ditinggalkan itu wajib di qhada' .
3- Terlalu Tua Dan Lemah
Orang yang tua yang terlalu uzur dan orang yang amat lemah kerana berpenyakit dan tiada harapan untuk sembuh atau kerana semula jadinya lemah , diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung .
Bagi hari-hari yang ditinggalkan itu wajib dibayar fidyah dengan makanan asasi satu hari satu cupak di beri kepada fakir atau miskin .
Golongan sedemikian tidakwajib mengqhada'kan puasa yang ditinggalkan tetapi memadai dengan membayar fidyah sahaja .
4- Terasa Lapar Dan Dahaga
Orang yang terasa lapar dan dahaga sehingga kalau diteruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas atau sebagainya .
Mereka ini diwajibkan mengqhada'kan puasa bagi hari yang ditinggalkan dan membayar fidyah kepada fakir atau miskin .
5- Hamil / Menyusukan Anak
Perempuan hamil atau menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri sendiri atau anak yang disusui itu .
Mereka ini wajib qhada' puasa bagi hari yang ditinggalkan dan membayar fidyah kepada fakir atau miskin .
Sebagai Panduan
Semoga garis panduan di atas dapat menjadi panduan kepada anda untuk mengetahui sama ada and layak untuk meninggalkan puasa atau pun tidak .
Terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteTerima kasih krn berkongsi
ReplyDeleteMoga tak ada yang buat2 teruk hanya untuk ponteng puasa. Nice sharing CM...
ReplyDeletekat sini plak, ada ciri2 pesakit diabetes yg tak digalakkan berpuasa.. :)
ReplyDeletePanduan : Ubat Diabetes dan Puasa
Semoga Allah terus beri kekuatan dan keizinan utk terus berpuasa.. aamiin.
ReplyDeleteMaaf lambat menyinggah.. bulan puasa ni jadual berblog sedikit kucar kacir huhu.. :)
salam..
ReplyDeleteAlhamdulillah..thanks share ye =)
terima kasih infonya
ReplyDeletePerkongsian yg baik.. Moga bermanfaat buat kita semua dalam menambahkan pengetahuan tentang puasa.
ReplyDeletesetakat ni pasal period saja.. alhamdulillah masih boleh berpuasa selain dr sebab tu
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletenice sharing vee
ReplyDeletekadang ada yang bukan dalam senarai pun
selamba aje =)