Tahukah Anda : Bolehkah Mengambil Suntikan Dan Memasukkan Ubat Ke Dalam Telinga Di Bulan Ramadhan ?


Tahukah Anda : Bolehkah Mengambil Suntikan Dan Memasukkan Ubat Ke Dalam Telinga Di Bulan Ramadhan ? 

Jawapan :

Berkenaan dengan suntikan pada bulan Ramadhan , ada beberapa jenis suntikan . Sebahagiannya bertujuan untuk perubatan dan rawatan sama ada pada urat leher atau anggota di kulit . 

Tidak ada sebarang perselisihan di dalam masalah ini . Ia tidak sampai ke dalam perut dan tidak mengenyangkan . Oleh itu , orang yang disuntik itu tidak perlu berbuka .

Terdapat satu lagi jenis ubat suntikan yang boleh mengenyangkan dan menyegarkan tubuh badan seperti glukos . Ia boleh mengenyangkan kerana bersambung dengan darah secara langsung . 


Tahukah Anda : Bolehkah Mengambil Suntikan Dan Memasukkan Ubat Ke Dalam Talinga Di Bulan Ramadhan ?


Ulama salaf tidak mengetahui jenis-jenis rawatan dan ubat-ubat ini , begitu juga sahabat dan tabiin . Perkara seumpama ini adalah ciptaan moden . Sebab itulah ulama sekarang tidak sependapat dalam masalah ini .

Sebahagiannya berpendapat ia membatalkan puasa kerana makanan sampai secara langsung melalui darah ke dalam tubuh . Lagipun ianya mengenyangkan . Makanan itu sampai ketempat yang paling akhir dalam pemakanan iaitu darah . Sebahagiannya pula berkata ia tidak membatalkan puasa , walaupun ia sampai ke dalam darah . 

Yang dimaksudkan dengan berbuka itu ialah makanan yang sampai ke dalam perut dan menyebabkan rasa kenyang .

Apa yang dituntut dalam ibadah puasa itu ialah menahan diri daripada makan . Ertinya , manusia merasa lapar dan dahaga . Oleh itu , suntikan makanan jenis ini tidak membatalkan puasa , mengikut pendapat ulama ini . 

Saya cenderung kepada pendapat yang akhir ini . Walaupun begitu , saya berpendapat setiap orang Islam mesti berhati-hati pada siang hari pada bulan Ramadhan agar tidak mengambil suntikan ini . Dia boleh mengambilnya selepas berbuka . Jika dia sakit , dia diharuskan berbuka . 

Sebabnya , suntikan ini walaupun tidak mengenyangkan dengan cara makan dan minum secara perubatan , tetapi sekurang-kurangnya membuatkan seseorang itu merasa cergas dan dapat menghilangkan keletihan . 

Apa yang dikehendaki Allah daripada berpuasa adalah rasa lapar dan dahaga . Ia bertujuan untuk menilai nikmat Allah ke atas manusia , juga untuk menghayati penderitaan orang-orang yang berada di dalam kesusahan .

Jika kita memberi kelonggaran di dalam masalah ini , nescaya orang kaya akan mengambil peluang dengan menggunakan cara ini untuk mendapatkan kecergasan tanpa merasa lapar dan penderitaan berpuasa .

Bagi hukum memasukkan ubat ke dalam telinga di bulan Ramadhan , hukumnya sama sahaja .

Adalah lebih baik bagi orang yang berpuasa menangguhkan suntikan sehingga selepas berbuka puasa . Ini adalah jawapannya .



Sumber : Dr.Yusuf al-Qardawi , Fatwa Masa Kini ( Terjemahan 1 & 2 )
                ikim.gov.my/suduthukum




0 Response to "Tahukah Anda : Bolehkah Mengambil Suntikan Dan Memasukkan Ubat Ke Dalam Telinga Di Bulan Ramadhan ?"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...