Doa Rasulullah Sebelum Mula Perjalanan Jauh


Takbir Dan Doa Sebelum Mula Perjalanan Jauh | Kerajaan memberi perhatian utama untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut . Tentu menyedihkan sekiranya kemeriahan hari raya yang disambut , dimusnahkan oleh tragedi yang mengundang kedukaan kehilangan orang yang tersayang atau kecederaan menyebabkan kecacatan seumur hidup .

Memandangkan perjalanan di jalan raya memungkinkan berlaku kecelakaan tanpa di duga , Islam menganjurkan agar setiap Muslim memulakan perjalanan dengan bacaan doa . Doa memohon keselamatan dalam perjalanan adalah termasuk usaha mengelak kemalangan . 


Doa Rasulullah Sebelum Mula Perjalanan Jauh


Setiap kali sebelum memulakan perjalanan jauh , Rasulullah s.a.w. bertakbir sebanak 3 kali . Selepas bertakbir , Baginda berdoa bemaksud :

" Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami , sedang kami sebelum ini tidak berdaya menguasainya . Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami akan kembali . "

Selepas doa permulaan , Rasulullah s.a.w. membaca doa seterusnya . Doa itu bermaksud :

" Ya Allah ya Tuhanku , sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan dan takwa dalam pelayaran kami ini dan amal yang soleh yang Engkau redhai . Ya Allah ya Tuhan kami , permudahkanlah pelayaran kami ini dan dekatkanlah jarak jauhnya ( supaya kami segera sampai ke tampat ditujui ) . Ya Allah ya Tuhan kami , Engkaulah rakan di dalam pelayaran dan wakil pengganti yang menjaga keluarga kami ( yang ditinggalkan ) . " 

" Ya Allah ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesukaran ( yang lazim berlaku ) dalam pelayaran dan ( daripada keadaan yang menyebabkan aku ) berupa hodoh dan muram , juga ( daripada sebarang peristiwa yang menyebabkan aku ) kembali dalam keadaan yang buruk mengenai harta benda , keluarga dan anak pinak . "
( hadis Riwayat Muslim )

Sesiapa berdoa memohon keselamatan sebelum memulakan perjalanan bererti dia berasakan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan . Doa itu memberi peringatan tidak melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan diri sendiri , ahli rombongan dan orang ramai .

Doa orang musafir atau dalam perjalanan adalah doa mustajab . Allah memberkati dan merahmati doa itu .

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Tiga macam doa yang tidak dapat diragui pasti mustajab . Doa orang teraniaya . Doa orang dalam musafir . Doa ayah terhadap anaknya . "
( Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi )



0 Response to "Doa Rasulullah Sebelum Mula Perjalanan Jauh"

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...