Tahukah Anda : Peristiwa Yang Berlaku Pada 17 Ramadhan | Peristiwa Nuzul al-Quran dicatatkan berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan , tahun ke 41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu , al-Quran adalah anugerah paling istimewa kepada umat manusia kerana ia diturunkan dalam bulan paling istimewa iaitu Ramadhan yang mengandungi rahmat dan barakah .
Turunnya al-Quran
Peringkat Nuzul al-Quran tidak diturunkan sekaligus tetapi melalui peringkat-peringkat tertentu seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan ayat 32 yang bermaksud :
" Berkatalah orang-orang yang kafir . " Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja ? " , demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu . "
Dijelaskan bahawa al-quran tidak diturunkan sekali gus tetapi beransur-ansur agar hati Nabi Muhammad s.a.w. menjadi kuat dan tegap .
Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun . Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk ?
Allah s.w.t. turunkan al-Quran ( lengkap 30 juzuk ) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah ( langit dunia ) pada malam bulan Ramadhan . Setelah melalui kedua-dua peringkat ini , al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun .
Wahyu pertama diterima melaui malaikat Jibrail di gua Hira' . Surah al-Alaq ialah wahyu pertama yang diterima Nabi pada bulan Ramadhan .
Perang Badar
Firman Allah yng bermaksud :
" Ketahuilah , sesungguhnya apa sahaja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang , maka sesungguhnya seperlima untuk ( jalan ) Allah , rasul , kerabat rasul , anak-anak yatim , orang-orang miskin dan ibnu al-sabil , jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami ( Muhammad ) pada hai Furqan , iaitu pada hari bertemunya dua pasukan . Dan Allah Maha Kuasa atas segala urusan .
( Surah al-Anfal : 41 )
Ayat di atas menerangkan berlakunya Perang Badar iaitu peperangan pertama bagi umt Islam pada 17 Ramadhan . Hari al-Furqan ialah hari kemenangan orang Islamdan kekalahan orang kafir iaitu hari bertemunya dua pasukan dalam Perang Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah . Lebih tepat lagi 17 Ramadhan ini ialah peperangan pertama bagi umat Islam dengan 313 tentera Islam menentang 1,000 tentera musuh .
Tak semua org tahu tentang sejarah Islam...thanks for the info Vee
ReplyDelete