Penjualan Tiket TREN KTM Khas Raya 2016 Ke Pantai Timur Bermula 14 Jun | KTM telah mengumumkan bahawa perkhidmatan KTM khas Raya ke Pantai Timur 2016 akan mula beroperasi pada 30 June 2016 bermula dari Kuala Lumpur ke Tumpat dan Tumpat ke Kuala Lumpur .
Tren Khas raya KTM yang dikenali sebagai Tren Persiaran ( Excursion Train - Eastern Holiday ) di mana setiap penumpang akan mendapat
- 2 set hidangan makanan
- cenderahati
Penjualan Tiket TREN KTM Khas Raya 2016 Ke Pantai Timur Bermula 14 Jun
Tiket Tren KTM ini sudah mula dijual pada 14 Jun 2016 dengan mengenakan bayaran harga promosi sebanyak RM82 hingga RM132 seorang untuk laluan sehala dengan menawarkan perkhidmatan
- koc tempat tidur kelas 2
- tempat duduk kelas 2
- tempat duduk kelas 1
Jadual waktu perjalanan Tren KTM Raya 2016 adalah seperti berikut
Tren KTM Raya 2016 ini akan berhenti di 12 buah stesen seperti
- Stesen Kajang
- Stesen Bandar Tasek Selatan
- Stesen Seremban
- Stesen Pulau Sebang / Tampin
- Stesen Jerantut
- Stesen Kuala Lipis
- Stesen Gua Musang
- Stesen Dabong
- Stesen Kuala Krai
- Stesen Tanah Merah
- Stesen Pasir Mas
- Stesen Wakaf Baru
Untuk maklumat lanjut , sila layari laman sesawang KTM di http://www.ktmb.com.my/ atau pusat panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 .
0 Response to "Penjualan Tiket TREN KTM Khas Raya 2016 Ke Pantai Timur Bermula 14 Jun"
Post a Comment
TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...