Cara Mudah Buang Toksin


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Buang Toksin | Bismillah . Toksin merupakan bahan beracun dalam tubuh badan . Para penyelidik Jepun mendapati bahawa toksin yang terkumpul dalam tubuh manusia adalah dalam lingkungan 2kg hingga 4kg . Melalui hasil kajian klinikal pula , 90 % punca penyakit berbahaya adalah dari kolon dan usus besar . Kajian secara rawak pula mendapati seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga berusia 30 tahun , maka akan timbul pelbagai jenis penakit .

Bahaya Toksin


Bahaya toksin jika tidak dibuang , boleh menghancurkan fungsi - fungsi pencernan . Selain itu toksin boleh mengalir bersama darah ke seluruh tubuh dan merosakkan sistem sirkulasi manusia , organ - organ penyaring ( sistem hati dan ginjal ) juga organ - organ pengeluaran tubuh .

Jenis Toksin


Jenis toksin terbahagi kepada dua . Pertama adalah jenis toksin dari luar tubuh ( Eksotoksin ) . Toksin jenis ini terhasil melalui 
  • makanan yang diproses seperti burger , 
  • makanan yang mengandungi bahan pengawet 
  • makanan yang dipanggang  
  • makanan yang mengandungi racun kimia serta racun serangga 
  • penggunaan kosmetik
  • bahan kimia dalam sabun basuh , bahan peluntur , bahan pewarna
  • ubatan kimia
  • merokok , minum arak
Manakala jenis toksin kedua pula dikenali sebagai toksin dalaman ( Endotoksin ) . Toksin ini berpunca dari gangguan emosi , stress dan kotoran yang tersumbat dalam usus .


Kesan Toksin


Sekiranya toksin yang berkumpul dalam tubuh badan anda tidak dibuang , toksin tersebut akan menyebabkan anda mendapat jerawat , alahan , selsema , bau badan , bau mulut dan banyak lagi . Hal ini berlaku kerana fungsi pembungan toksin tidak berlaku dengan sempurna . Itu untuk kesan toksin luaran sahaja manakala untuk kesan toksin dalaman , sudah tentu lebih membahayakan .


Cara Mudah Buang Toksin



Cara Mudah Buang Toksin


Ada beberapa cara mudah membuang toksin . Cara semulajadi membuang toksin iaitu melalui air kencing dan perpeluhan iaitu dengan melakukan senaman atau gerakan seperti melakukan kerja di rumah sehingga mengeluarkan peluh . Manakala cara alternatif membuang toksin adalah melalui supplement dan minum air detox . 

Buang Toxin Melalui Air Detox


Air minuman detox atau lebih dikenali sebagai Infusion Water telah menjadi kegemaran ramai sekarang ini . Mungkin kerana cara penyediaannya yang mudah , air minuman detox menjadi popular hanya dengan sekelip mata sahaja . Ada juga yang mengkomercialkan air minuman setox sebagai pendapatan sampingan .

Anda boleh menghasilkan air minuman detox hanya dengan memasukkan beberapa hirisan lemon / limau nipis / limau kasturi , halia , timun , buah- buahan , daun pudina , madu dan sebagainya mengikut citarasa anda , ke dalam jar yang berisi air dan disimpan di dalam peti sejuk semalaman . Rasa buahan sitrus memang sangat menyegarkan .

Kelebihan Air Minuman Detox

Ramai antara penggemar air minuman detox ini menjadikan strawberi sebagai bahan utama kerana kelebihannya membantu melawan bahan karsinogen dan bagus untuk kulit . 

Selain itu , kelebihan air minuman detox ini dapat membantu melawaskan penghadaman , menurunkan berat badan dan membuang toksin dalam badan . 

Kesan Minum Air Detox

Ada antara penggemar air detox dapat merasakan kesan minum air detox ini apabila mereka rasa pening , kerap masuk ke tandas untuk permulaannya . Selepas itu , mereka merasakan badan mereka ringan dan perut juga rasa selesa malah berat badan mereka turun serta lulit mereka dirasakan semakin halus .

Alternati Yang Jimat 


Sekiranya anda taiada kemampuan dalam kewangan untuk mendapatkan supplement membuang toksin dalam badan , air minuman detox adalah alternatif yang sangat mudah . Apa yang penting , toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan badan anda lebih sihat .

Perpeluhan


Selain meminum air detox , anda juga perlu kerap membuat senaman supaya dapat mengeluarkan peluh . Selain senaman , kerja berat lain juga mudah keluarkan peluh . Bila peluh keluar , maka toksin dalam badan juga akan keluar bersama .

Buang Najis


Anda perlu usahakan untuk membuang najis anda sekurang-kurangnya sekali dalam sehari . Yang paling baik adalah dua kali sehari . Ini kerana , dalam najis anda terdapat toksin . Jadi , jangan biarkan najis anda berada lama di dalam usus kerana ia boleh mendatangkan penyakit .

Kencing 


Di dalam air kencing juga terdapat toksin . Jadinya , jangan merungut jika anda kerap membuang air kencing sebab ianya turut membuang toksin dalam badan anda juga . Cara paling mudah untuk kerap buang air kencing adalah minum air secara kerap .



~ Sumber Informasi ~



11 Responses to "Cara Mudah Buang Toksin"

  1. Kalau tgk makanan yg dimakan...memang banyak sungguh toksin nya...
    Jom detox

    ReplyDelete
  2. saya buat dengan lemon. sedap...tapi ada sedikit pahit. hehehe

    ReplyDelete
  3. TQ sharing sis.. boleh diamalkan ni.. tau lah skrg ni byk sgt makanan/minuman yg boleh menyebabkan toksin dlm badan berkumpul..

    ReplyDelete
  4. nanti nak cubalah kalau ada bahan-bahannya

    ReplyDelete
  5. Ada orang yg bersungguh2 berusaha membuang toksin dalam tubuh tapi tak pernah serik2 untuk mengunyah apa saja makanan walaupun sedar ia bertoksin tinggi. Bagi saya lebih mudah menjauhi makanan bertoksin dari membuangnya yang belum tentu akan dapat dikeluarkan 100%...

    ReplyDelete
  6. Toksin ni mmg jadi punca penyakit juga kan.. mmg kena prihatin jaga kesihatan.. buang toksin.. thanks sharing CM

    ReplyDelete
  7. bagus air detox ni..tengok ramai juga kawan2 yg buat

    ReplyDelete
  8. saya nak cuba...nak cuba...
    sejak masuk wad tempohari, saya tau saya ada masalah di usus..

    ReplyDelete
  9. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. bahaya toksin dalam badan

    ReplyDelete
  10. Kami ada cara lagi mudah utk buang toksin... Dlm 2 hari sahaja boleh kurangkan berat badan 1- 4kg...
    www.isagenix-slim.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Boleh jugak cuba set detox shaklee, saya ada jual jika berminat.. Free konsultansi, jadual pemakanan untuk mereka yang ambil set detox ini..
    0179404366
    Shaklee independent distributors

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...