Tahukah Anda : Zakat Fitrah Tanda Bersyukur


Tahukah Anda : Zakat Fitrah Tanda Bersyukur  | Dalam sibuk menyambut kedatangan 1 Syawal , kita tidak sepatutnya lupa terhadap golongan kurang berada . Sebagai masyarakat Islam perihatin , kita perlu meringankan beban mereka supaya dapat meraikan hari mulia ini .

Zakat Fitrah yang dikeluarkan sekurang-kurangnya dapat diagih dan digunakan mereka untuk berbelanja keperluan hari raya .

Dalam kemeriahan menyambut hari raya , jangan melupakan orang yang tidak berkemampuan . Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita , berilah bantuan kepada kita dan binalah persudaraan Islam sejati .

Antara insan yang perlu diberi bantuan sempena Aidilfitri ialah anak yatim . Malah , membantu anak yatim amat besar pahalanya .

Daripada Abu Hurairah katanya , Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : 

" Orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim , baik dari keluarga sendiri atau tidak , maka aku dan dia seperti dua ini seperti disyurga kelak . ' Dan Baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah ( ertinya berdekatan ) . "
( Hadis Riwayat Bukhari )

Nabi Muhammad s.a.w. turut menunjukkan teladan terpuji dalam melayani anak yatim ketika umat Islam mahu menyambut hari raya .


Tahukah Anda : Zakat Fitrah Tanda Bersyukur


Diriwayatkan sewaku Aidilfitri , umat Islam di Madinah merayakan hari bahagia itu dengan mengumumkan takbir dan tahmid setelah memenangi perang menentang hawa nafsu , sebulan menjalankan ibadah puasa Ramadhan .

Dengan mengenakan pakaian paling cantik , Rasulullah keluar rumah untuk menunaikan solat berjemaah Aidilfitri .

Di sepanjang jalan , anak kecil berlari-lari penuh kegembiraan menyahut kedatangan lebaran . akaian indah dan wajah berseri-seri menghiasi diri , tiada seorang pun yang mempamer wajah duka .

Namun ketika Rasulullah s.a.w. memerhati sudut sebuah bangunan tua , Baginda kehairanan melihatkan seorang anak kecil yang serba tidak terurus dengan pakaian koyak , duduk menghadap dinding sambil menangis .

Baginda pun menghampiri anak kecil itu lalu bertanya :

" Hai anakku , mengapa engkau menangis sendirian pada hari kita sedang bergembira ? "

Tanpa menoleh untuk melihat siapa yang mengemukakan pertanyaan , anak kecil itu pun menjawab dengan suara penuh sayu :

" Bagaimana tidak menangis , mereka punya pakaian baru sedangkan aku , tidak . "

Nabi s.a.w. bertanya :

" Mengapa engkau tidak berganti pakaian dan bermain dengan kawan sebayamu ? "

" Mereka tidak mahu aku menghampiri mereka kerana pakaianku lama dan compang camping . Dulu , waktu aku masih punya ayah , setiap hari raya aku juga mengenakan pakaian baru , perutku kenyang , duitku juga banyak . " Jelas kanak-kanak itu .

" Ayahmu ke mana nak ? " Tanya Rasulullah s.a.w.

" Ayahku sudah meninggal . Ibuku sudah kahwin lagi dan nasibku disia-siakan sebab harta peninggalan ayahku dihabiskan oleh ayah tiriku . " Jawab anak kecil itu .

Nabi s.a.w. termenung lantas berkata :

" Anakku , seandainya Fatimah jadi kakakmu , Ali bin Talib jadi abangmu , Hassan dan Hussin jadi saudaramu dan aku pula jadi ayahmu , apakah engkau suka ? "

Anak itu terkejut dan terfikir kemungkinan orang yang berdiri berhampirannya itu adalah Rasulullah s.a.w . Lalu , dia segera berpaling .

Selepas nyata orang yang berkata-kata itu , si kecil itu tidak dapat membendung kegembiraannya . 

" Tentu sekali saya gembira , ya Rasulullah s.a.w. " Katanya sambil memeluk erat kaki Baginda . 

Rasulullah s.a.w. pun mendukung anak itu dan dibawanya kembali ke rumah . Dengan tangannya sendiri , Baginda memandikan anak kecil itu serta mengenakan baju kepada anak yatim itu . Anak kecil itu kemudian dihidangkan sarapan serta diberikan sedikt wang .

Selepas anak itu mula bermain dan tertawa kegirangan , barulah Rasulullah s.a.w. meneruskan niatnya menuju ke lapangan untuk menjalankan solat sunat Aidilfitri bersama segenap penduduk Madinah . 

Anak kecil itu riang tertawa menghampiri kawannya yang asyik bersuka ria . Mereka hairan melihatnya gembira , sedangkan baru sebentar tadi dia menangis tersedu-sedu . 

Salah seorang daripada mereka pun bertanya : 

" Hai aneh betul kau . Tadi menangis dan kini tertawa . Apa yang berlaku sebenarnya ? "

Anak yatim itu menyahut bangga :

" Tadi aku menangis kerana lapar . Sekarang aku tertawa kerana kenyang . Tadi aku menangis kerana aku tidak punya pakaian cantik , tetapi kini pakaianku indah dan masih baru . Kini aku punya wang yang banyak . Tadi aku menangis kerana aku tidak punya ayah , tetapi sekarang aku tertawa kerana aku sudah punya seorang ayah . "

Kawannya bertanya :

" Hairan betul . Dari mana kau dapat ayah ? Siapa ayahmu sekarang ? "

Jawab anak kecil itu : Disebabkan ayah kandungku sudah meninggal maka Rasulullah s.a.w. mengangkatku menjadi anaknya . Rasulullah s.a.w adalah ayahku sekarang .





0 Response to "Tahukah Anda : Zakat Fitrah Tanda Bersyukur "

Post a Comment

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...