Kebaikan Sedekah Di Bulan Ramadhan | Bismillah , Ramadhan adalah bulan yang digalakkan membuat sedekah sebanyak mungkin . Sedekah adalah memberi derma / bantuan melalui pelbagai cara sama ada dalam bentuk barangan juga menghulurkan bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada orang lain secara sepontan dan sukarela tanpa dibatasi waktu dan jumlah tertentu .
Kebaikan Sedekah Di Bulan Ramadhan
Kenapa perlu sedekah di bulan Ramadhan ? Kerana sedekah itu menjadikan kita disayangi Allah . Sedekah yang ikhlas akan mendapat limpahan rezeki yang tidak dijangka asalkan segalanya ikhlas kerana Allah .
Mendekatkan Diri Kepada Allah
Raghib al - Ashfahani mendifinasikan sedekah sebagai ;
" Sesuatu yang manusia keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat . "
Dermawan Dalam Kebaikan
Baginda s.a.w diriwayatkan bersedekah dengan sedekah yang amat banyak sehingga diumpamakan sedekah Baginda itu bagaikan angin yang berhembus . Diriwayatkan dalam sahih al - Bukhari dan Muslim , daripada Ibnu Abbas r.a. , ia berkata ;
" Nabi s.a.w. adalah yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan , saat beliau ditemui Jibrail untuk membacakan kepadanya al - Quran . Jibrail menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan lalu membacakan kepadanya al - Quran . Rasulullah s.a.w. ketika ditemui Jibrail lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus . "
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan ;
" Dan beliau tak pernah diminta sesuatu kecuali memberikannya . "
Pahala Berganda
Termasuk juga sedekah di bulan Ramadhan itu dengan menyediakan jamuan berbuka puasa kepada kaum Muslimin dan Muslimat . Besar sekali pahalanya disisi Allah s.w.t. kepada yang mampu melaksanakannya . Perkara ini disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ;
" Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa , maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa , sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun . "( Riwayat Tarmizi )
Imam al - Jurjani Rahimahullah berkata ;
" Sedekah adalah segala pemberian yang diharapkan dengannya pahala daripada Allah . "
Hulurkan Tangan Kanan , Sembunyi Tangan Kiri
Marilah kita sama - sama bersedekah dalam apa jua cara dan bentuk di bulan yang mulai ini . Masih ramai di luar sana mengharapkan secebis daripada kita yang mewah di meja iftar juga persiapan hari raya . Mulakanlah sedekah anda dengan senyuman . Hulurkan tangan kanan sembunyikan tangan kiri .
perbanyakkan sedekah sementara nyawa masih ada...krn itulah bekalan kita di alam barzakh kelak
ReplyDeleteselamat beramal
ReplyDeleteTangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima....
ReplyDeleteBersedekahlah untuk berkongsi nikmat rezeki kurniaan Allah...
ReplyDeletebyk2kan bersedekah dibulan ramadhan ni...pahala berlipat kali ganda
ReplyDeletesedekah adalah antara amalan yang dibawa ketika mati kelak kan =)
ReplyDelete