Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir | Bismillah .  Solat tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan . Bila menyentuh tentang solat Tarawih , semua orang akan berkata : " sunat jer tuh , tak berdosa pun kalau tak buat . " Walaupun solat tarawih ini sunat dilakukan , sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar . Untuk mengetahui lebih lanjut tentang solat Tarawih , di bawah ada kupasannya .


Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir

Solat Tarawih


Sebelum melakukan solat tarawih , anda perlu tahu juga berkenaan hukum solat tarawih , tempoh melaksanakan solat tarawih dan cara melaksanakannya .

Hukum Solat Tarawih


Hukum solat Tarawih adalah SUNAT MUAKKAD ( dituntut melakukannya kecuali uzur dan sedang bekerja ) sama seperti solat Jumaat . Apatah lagi ianya dalam bulan Ramadhan . Malah Islam memberi kelonggaran iaitu boleh dilakukan di masjid secara berjamaah atau sendirian di rumah .

Tempoh Melaksanakan


Malah tempoh waktu melakukan solat tarawih sangat panjang iaitu selepas waktu solat Isyak hingga sebelum terbit Fajar . Tempoh ini jugalah kita digalakkan melakukan Qiamullail .

Cara Melaksanakan Solat Tarawih 8 Rakaat


Cara melaksanakannnya solat tarawih mudah sahaja iaitu 2 rakaat 1 salam sehingga genap 20 rakaat . Ada juga yang melakukan sekadar 8 rakaat . Hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa ;

Saidatina Aisyah r.anha , isteri Rasulullah SAW melihat Baginda bersolat Tarawih di rumah 8 rakaat .

Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: 
“ Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir) .” 

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

Lafaz niat :

Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “ Sahaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala. 

Malam 1 HINGGA 15 Ramadhan


Rakaat Pertama  : Surah al - Takasur 
Rakaat ketiga :  Surah  Al Ashry
Rakaat kelima :  Surah Al Humazah
Rakaat ketujuh : Surah Al Fiil
Rakaat Kedua , keempat, keenam dan kelapan : Surah al - Ikhlas

Malam 16 HINGGA Akhir Ramadhan


Rakaat Pertama, ketiga , kelima dan ke tujuh : Surah al - Qadr
Rakaat Kedua :  Surah At Takaatsur
Rakaat Keempat : Surah  Al Ashry
Rakaat Keenam : Surah Al Humazah
Rakaat Kelapan : Surah Al Fiil


Doa Solat Tarawih




Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir

Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir


Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir


Bagi yang mengikut imam di surau atau masjid , harus membaca wirid - wirid , zikir dan selawat yang di selang - seli antara rakaat - rakaat solat Tarawih tadi .

Solat ini dilakukan dengan " berehat - rehat " ( berhenti sekejap ) untuk elakkan ketegangan badan selepas berbuka di samping memberikan ketenangan dan keikhlasan kepada orang yang sembahyang terutamanya orang yang berumur .

Solat ini digalakkan untuk menghidupkan malam Ramadhan . Rasulullah bersabda : 
Sesiapa yang Qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat ( ihtisab ) , akan diampuni dosanya yang lalu . "  

(Riwayat Jamaah )

Anda boleh dapatkan surah - surah lazim di SINI 

Solat Witir


Soalt witir dilakukan sekurang - kurangnya 1 rakaat , sebaik - baiknya 3 rakaat dan dua salam dan sebanyak - banyaknya 11 rakaat dengan 6 salam .

Niat Solat Witir


Solat Tarawih Dan Solat Witir

Cara Melaksanakannya


Bacaan surah dalam rakaat pertama selepas al - Fatihah ialah suah al - A'la . Pada rakaat kedua pula surah al - Kafirun manakala rakaat ketiga pula surah al - Ikhlas , al - Falaq dan an - Nas .

Doa Solat Witir


Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir

Hanya Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita melipat gandakan ibadah . Salah satu daripadanya dengan melakukan solat tarawih . Maka , jangan lepaskan peluang ini . Rugi jika anda melepaskannya kerana solat tarawih hanya ada di bulan Ramadhan , sekali dalam setahun .






2 Responses to "Cara Mudah Buat Solat Tarawih Dan Solat Witir"

  1. kadang2 kalu buat solat sunat witir sy selalu tersasul bc niat solat terawih ;-)

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak2 bulan..masa bulan Ramadhan sahaja disunatkan solat terawih...jadi, harus direbut peluang yg ada.

    Thanks CM...selamat berpuasa :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...