Mee Segera Makanan Sihat ?


Assalamualaikum ...

Bismillah . Mee segera adalah merupakan makanan paling popular di kalangan masyarakat Asia . Mungkin kerana pembuatan mee segera yang bermula di Jepun , kalau tak silap CM , telah menyebabkan orang Asia sinonim dengan mee segera . Mee segera seperti Maggi , Mee Sedap serta jenama lainnya menjadi pilihan pelajar universiti , orang bujang , pengembara , perkemahan serta lainnya . Ini disebabkan ianya mudah dibawa dan mudah dimasak , jimat masa , jimat belanja dan ada pelbagai perasa .


Mee Segera Makanan Sihat ?

Mee Segera Makanan Sihat ?


Hari ini , di dalam Sinar Harian , Dr. Tee E Siong yang merupakan Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia menyatakan bahawa mee segera adalah makanan yang sihat . Ini kerana katanya , kita boleh sahaja menggunakan hanya sedikit perasanya dan ditambah sayuran dan protein segar untuk menghasilkan hidangan yang sihat . Malah kita juga boleh menggunakan mee sahaja dengan menggantikan serbuk perasanya dengan perasa yang kita hasilkan sendiri .

Pembuatan Mee Segera


Umum sudah mengetahui bagaimana proses mee segera dilakukan . Ada juga maklumat dari orang awam juga pelajar universiti yang melihat bagaimana proses mee segera itu dilakukan telah mengatakan ianya tidak sihat dan tidak selamat dimakan untuk jangka masa panjang . Ini kerana bahan campuran yang digunakan membawa kesan pada tubuh badan juga perkembangan otak . Pun begitu , bukti sahih tentang bagaimana proses mee segera dijalankan masih tidak kelihatan hingga kini .

Makanan Sihat Pilihan Anda


Sama ada kenyataan Dr. Tee E Siong itu satu propaganda ataupun tidak , hakikatnya mee segera memang menjadi kesukaan . Kalau tak makan selalu , sesekali akan merasa juga . Tak perlulah nak mempertikaikan sama ada makan itu sihat ataupun tidak kerana banyak lagi makanan segera lain yang tak sihat untuk diet anda , tapi anda dan keluarga tetap bangga memakannya . Justeru itu , sihat atau tidak pemakanan anda , itu adalah pilihan anda sendiri . Maka tak logiklah kalau anda berpenyakit atau anak anda tak pandai , anda salahkan mee segera sedangkan gaya hidup , proses pembelajaran , jenis pemakanan dan disiplin juga mempengaruhi kesihatan anda .



~ Sumber Informasi ~



Related Posts :

  • Dulu Anjing Sekarang Biawak Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Hampir seluruh rakyat Malaysia meletop bila kempen ' I Want To Touch A Dog ' berlangsung k… Read More...
  • Berita Baik 2015 Assalamualaikum ... Bismillah . Permulaan 2015 disambut dengan pelbagai berita baik disebalik pelbagai tragedi termasuk banjir yang ma… Read More...
  • Bila Terasa Diri Hebat Assalamualaikum ... Dengan lafaz Bismillah . Kita adalah mnusia biasa di muka bumi Allah ini . Sehebat mana jawatan , pangkat , kerjaya … Read More...
  • Berlapang Dada Assalamualaikum ... Bismillah . Masih ada lagikah perang GST di wall Facebook anda ? CM sekadar memerhati sahaja mereka yang meluahkan r… Read More...
  • GST Dan Perkahwinan Assalamualaikum ... GST Dan Perkahwinan  | Bismillah . Musim perkahwinan menjelang lagi . Bagi yang sudah merancang berbulan malah … Read More...

10 Responses to "Mee Segera Makanan Sihat ?"

  1. makanan wajib ada di rumah ni sis.. hehe.. klu ianya tak berbahaya mmg ok sangat.. masa study dulu sllu lah mkan... tapi sekarang dah jarang sgt....

    ReplyDelete
  2. dah lama jugak rasanya tak makan maggie bagai ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan..makan juga mee segera ni. Memang sedap...hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de org kata tak sedap ... heh heh heh

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kurang makan.. kalau teringin baru makan. hihi

    ReplyDelete
  6. Jarang sgt makan mee segera ni..Dalam setahun blh dikira.. Tapi ada sesetengah orang blh sebabkan sakit kepala (husbnd saya ler tu..hihihi)

    ReplyDelete
  7. Jarang sgt makan mee segera ni..Dalam setahun blh dikira.. Tapi ada sesetengah orang blh sebabkan sakit kepala (husbnd saya ler tu..hihihi)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...