Kelebihan Bumi Mekah


ASSALAMUALAIKUM ...

Dengan lafaz Bismillah . Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: Ù…كة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorangMuslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.


Kelebihan Bumi Mekah


Kelebihan Bumi Mekah


Makkah al Mukarramah memiliki banyak kelebihan yang ada antara kita tidak mengetahuinya . Marilah sama - sama kita dalami setiap kelebihannya sebagimana berikut ;


1. Bumi yang paling dicintai oleh Allah dan Rasul - Nya


Sabda Rasulullah saw ketika baginda berdiri di atas al - Hazwarah ( sebuah bukit kecil ) : 
" Demi Allah sesungguhnya engkau ini ( Makkah ) adalah sebaik - baik tempat di bumi Allah dan tempat yang paling dicintai oleh Allah . Sekiranya aku tidak disuruh untuk keluar ( hijrah ) darinya nescaya aku tidak akan keluar . "   
( Riwayat al - Tirmizi )

Sabda Rasulullah saw : 
" Sesungguhnya engkaulah ( Makkah ) tempat terbaik dan paling aku cintai . Jika tidak kerana kaumku menghalauku keluar nescaya tidak akan kuhuni tempat lain selain disisimu . "    
( Riwayat al - Tirmizi )


2. Tanah haram dipelihara kehormatannya .


Sabda Rasulullah saw sewaktu hari pembukaan kota Makkah : 
" Sesungguhnya kota ini ( Makkah ) telah dijadikan tanah haram oleh Allah pada hari dijadikan langit dan bumi . Maka ia menjadi tanah haram dengan ketetapan Allah sehingga hari kiamat . Tidaklah boleh dipatahkan duri pepohonnya mahupun dihalau binatang buruannya . Tidak pula boleh diambil barang yang hilang di dalamnya mahupun dibuang pucuk - pucuk pada tumbuhan meliar . "   ( Riwayat Imam Muslim )

Dalam satu riwayat Imam Muslim lain disebutkan bahawasanya Al - Abbas menambah pengecualian tumbuhan yang dinamakan al - Izkhir ( tumbuhan wangi yang digunakan di kuburan dan mewangikan rumah ) maka Rasulullah saw bersetuju dengan sabdanya :

Ya , kecuali al - Izkhir . "    
( Muttafaq 'Alaih )


3. Tidak dimasuki Dajjal dan dikawal oleh para Malaikat


Nabi saw bersabda : 
" Tidak ada suatu tempat di dalam dunia ini tidak akan dimasuki oleh dajjal kecuali bumi Makkah al - Mukarramah . Tidak ada sesuatu sempadan yang terbiar melainkan semuanya ada malaikat yang berbaris menjaganya . "    
( Riwayat al - Bukhari )

4. Kelebihan beribadah di Makkah


Dari Jabir ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda : 
" Pahala solat di masjidku ( Masjid Nabawi ) adalah digandakan seribu kali solat di lain - lain masjid kecuali Masjidil Haram ( Makkah ) . Solat di Masjidil Haram adalah lebih afdal dari seratus ribu kali solat . "    
( Riwayat Imam Ahmad )


Sekiranya kita hitung berapa besarnya pahala satu solat di Masjidil Haram ini adalah sama seperti kita solat selama 55 tahun 6 bulan dan 20 hari . Pahala solat wajib lima waktu pula sekiranya dikerjakan di Masjidil Haram adalah seperti solat selama 277 tahun 9 bulan dan 10 hari . Subhanallah ! Begitu besar ganjaran yang diberikan oleh Allah Ta'ala di bumi Makkah al - Mukarramah ini .

Imam Hasan al - Basri mengatakan bahawasanya puasa sehari di Makkah adalah seumpama berpuasa selama seratus ribu hari dan bersedekah dengan hanya 1 dirham bersamaan pahala sedekah 100,000 dirham dan setiap kebajikan digandakan seratus ribu pahala .




~ Cetusan Minda ~




2 Responses to "Kelebihan Bumi Mekah"

  1. Terima kasih mengingatkan.
    Tu lah kalau ada jemaah yang ambil pokok atau batu bawak balik..flight x boleh naik kan?

    ReplyDelete
  2. sentiasa berkeinginan untuk ke Mekah....semoga kita semua dapat menjejak kaki dan mengerjakan umrah/haji disana nanti...insyaAllah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...