Syarat - Syarat Sujud


Assalamualaikum ...

Bismillah . Ketika kita sujud adalah masa kita paling hampir dengan Allah  . Justeru itu , kita digalakkan berdoa ketika sujud terakhir . Berdoalah apa sahaja kerana berdoa ketika sujud adalah antara waktu - waktu mustajab doa .


Syarat - Syarat Sujud


Syarat - Syarat Sujud


Sebagai muslim , kita perlu tahu syarat - syarat sujud supaya solat kita sah . Syarat - syarat sujud adalah seperti berikut ;

1- Dahi Tidak Berlapik Dengan Sesuatu Benda


Apabila sujud di tempat sujud , dahi tidak boleh berlapik dengan sesuatu benda yang lain . Jika dahi seseorang itu tertutup oleh sesuatu , maka tidak sah sujudnya .

Sekiranya dahi seseorang itu luka atau sakit di mana jika ditanggalkan balutan tersebut akan membawa kepada kesusahan yang tidak dapat ditanggung pada adat menurut sangkaannya , maka ianya dibenarkan . Sekalipun perkara itu tidak disahkan oleh seorang doktor yang adil .

Jika seseorang sujud di atas tanah atau kertas dan yang seumpamanya , lalu melekat tanah atau kertas tersebut didahinya sehingga menjadikan dahinya berlapik , maka tidak sah sujudnya yang kedua kecuali setelah dia menghilangkan tanah atau kertas tersebut daripada dahinya . Adapun sujudnya yang pertama adalah sah .

2- Sujud Hendaklah Melibatkan 7 Anggota


Ketika sujud , anggota - anggota seperti dahi , dua tapak tangan , dua lutut dan dua perut jari kaki mestilah terlibat sama . 

3- Bahagian Paling Bawah ( Punggung ) Hendaklah Terangkat Sedikit Lebih Daripada Kepala Sekadar Termampu .


4- Tidak Mempunyai Niat Yang Lain Selain Daripada Sujud .


5- Berada Di Dalam Keadaan Tenang Ketika Sujud .


Ketenangan perlu ketika sujud supaya mampu untuk membaca tasbih sujud dengan khusyuk .

6- Dahi Terletak Tetap Di Tempat Sujud .


7- Tidak Sujud Di atas Permukaan Yang Ditanggung Atau Yang Bersambung Dengan Badan


Maksudnya tidak sujud diatas permukaan yang ditanggung atau yang bersambung dengan badan yang mana ia bergerak dengan pergerakannya seperti berdiri atau duduk sekalipun ia hanya akan bergerak dengan pergerakan yang kuat seperti pakaian yang dipakainya . Oleh itu , sah sujud di atas katil sekalipun katil itu bergerak dengan pergerakannya kerana katil itu tidak ditanggungnya .

Begitu juga adalah sah sujud di hujung kainnya yang yang panjang yang tidak bergerak dengan pergerakannya untuk berdiri dan duduk kerana ia dihukumkan sebagai benda yang tidak bersambung dengannya . 

8- Bertumpu Dengan Dahi .


Bertumpu dengan dahi ( meletakkan imbangan berat kepalanya di tempat sujud ) . Ukurannya ialah jika seseorang itu sujud di atas kapas , akan pipih kapas tersebut disebabkan keberatan dahi dan jika dimasukkan tangan di celah - celah kapas tersebut , tangan boleh merasakan keberatan dahi . Maka sujud tidak akan memadai dengan semata - mata dahi menyentuh tempat sujud .

9- Niat Untuk Sujud 


Hendaklah perbuatan hendak melakukan sujud bukan kerana tujuan lain selain untuk sujud .


SUMBER : Indahnya Hidup Bersyariat ( 90 / 91 )



Mudah - mudahan sujud kita lebih sempurna selepas ini . Adakalanya banyak yang kita terlepas pandang dan anggap ianya mudah sedangakan ianya boleh sebabkan solat kita sah ataupun tidak .





~ Cetusan Minda ~





10 Responses to "Syarat - Syarat Sujud"

  1. Terima kasih atas perkongsian CM, moga sujud kita lebih sempurna kan...

    ReplyDelete
  2. nice sharing ... bagus untuk sentiasa memperbaiki solat. dulu kecik-kecik time belajar solat je rajin baca info macam ni :)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
  3. ada orang solat dgn terburu-buru nak cepat...sujud tak seperti mana yg disyaratkan. penat saja tunggang terbalik ..tak dapat apa. Terima kasih mengigatkan.

    ReplyDelete
  4. nice share... bleh chek balik lepas ni macam mana sujud2 kita..

    ReplyDelete
  5. Thanks Vee ..Perkongsian hebat utk kita semua..

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik...tq yer :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian...semoga manafaat..

    ReplyDelete
  8. waktu sujud antara waktu paling nikmat membisikkan doa dan kata kata kepada-Nya..

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg sangat bermanfaat..pernah lihat seseorang solat di surau sujud di atas telekung tapi rasa berat hati nk tegur risau beliau terasa hati

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...