Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod


Assalamualaikum ...

Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod | Bismillah . Hari ini syarikat gergasi Korea , Samsung telah melancarkan produk terbarunya iaitu telefon pintar Samsung di bawah model Galaxy iaitu Samsung Galaxy A5 dan Samsung Galaxy A3 . CM sebenarnya lebih tertarik dengan Samsung Galaxy A5 sebab ianya sangat sesuai untuk penggemar selfie


Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod


Samsung Galaxy A5


Samsung Galaxy A5 didatangkan dengan reka bentuk logam sepenuhnya dengan 4 warna pilihan yang anda boleh pilih sesuai dengan personaliti anda . Reka bentuknya yang inovatif , kelihatan mewah  berserta dengan paparan 5 inci HD super AMOLED yang menakjubkan .  

Telefon pintar Samsung Galaxy A5 dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.2GHz empat teras , memori 2GB RAM , ruang penyimpan 16GB , memiliki bateri berkapasiti 2300mAh selain kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel .



Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod



Tangkap Gambar Selfie Tanpa Tekan Butang 


Samsung Galaxy A5 sangat pantas untuk anda berselfie . Anda tidak perlu menekan butang untuk berselfie , sebaliknya anda hanya perlu menggunakan suara atau tapak tangan anda untuk memberi arahan pada kamera . Dengan pengesanan imej terbaru dan pengecaman suara ,  Samsung Galaxy A5 akan mengambil gambar anda ke level seterusnya .


Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod



Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod


Anda tak perlu bersusah payah lagi menggunakan monopod hanya kerana mahu dapatkan imej untuk sekumpulan orang . Akhirnya anda boleh memuatkan sekumpulan orang hanya dengan menggunakan Samsung Galaxy A5 Wide Selfie . Fungsi Wide Selfie membenarkan anda mencipta panorama . Anda boleh mengambil gambar anda dari pebagai sisi untuk digabungkan menjadi satu kumpulan gambar yang sempurna .  Kini anda dapat mengambil gambar semua rakan anda dalam mood potret sehingga 110 darjah dan mood lanskap sehingga 120 darjah . Auto - editing akan memastikan gambar anda kelihatan lebih menarik di setiap gambar yang anda ambil . 


Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod



Harga Samsung Galaxy A5 Yang Berpatutan


Anda boleh mendapatkan Samsung Galay A5 daripada pengedar - pengedar rasmi di seluruh negara hanya dengan harga RM 1199 . Harga ini boleh dianggap sebagai mampu milik bagi rakyat Malaysia .


Pandai gak Samsung Galaxy A5 ni lancarkan produk ketika bonus kakitangan awam akan dikeluarkan . CM melihat ini sebagai strategi jualan yang tepat . Jadinya , anda yang akan menerima bonus , perbelangaan bijak adalah ditangan anda . Sama ada ianya satu keperluan atau kepuasan , anda sendiri tentukannya !




~ Sumber Informasi ~






8 Responses to "Samsung Galaxy A5 Selfie Tanpa Monopod"

  1. Kalau nak henfon murah dan powerfull mengalahkan iPhone 6 Plus, belilah Asus Zenfone 2 dgn skrin full HD 5.5", cip pemprosesan berkelajuan tinggi 64-bit Intel Atom Z3560/Z3580 quadcore 2.3 GHz, RAM 4 gb, internal memory 64 gb dan bateri mAh 3000, memang sangat power hingga digelar sbg 'pembunuh iPhone' (iPhone killer) kerana berkuasa lebih tinggi dari iPhone tapi dijual pada harga tak sampai RM1,000...

    ReplyDelete
  2. Tak mo beli...tapi serius mengoda cik akak. Tak pe..cik akak guna apa yang ada je dulu..kikiki...tak baik membazir duit..kalau poket kosong..kiki

    ReplyDelete
  3. wah! menarik btul..sesuai la utk org yg suka nak berwelfie..haha!

    ReplyDelete
  4. Menarik ni.. harga pun boleh dikira berpatutan juga tu. Klu sabar tunggu boleh dpt lagi murah sikit tu nanti.. best mcm inti.. :)

    ReplyDelete
  5. Xpayah dh pakai monopod.. harga pun boleh tahan juga.

    ReplyDelete
  6. Samsung memang pantas dalam teknologi untuk memenuhi keperluan dan kehendak trend semasa!
    Tapi saya xminat berselfie le... :)

    ReplyDelete
  7. Wow..canggihnya.
    Just dengar sore dah boleh snap gmbr.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...