Wang Kertas Palsukah ?


Assalamualaikum ...

Bismillah . Bencana banjir , kejatuhan wang ringgit , harga minyak petrol turun dan harga barangan yag liat nak turun , semuanya ada kaitan dengan wang ringgit . Dalam keadaan situasi ini , pernahkah anda berfikir untuk cek wang kertas yang anda terima ketika membeli belah dan juga yang anda keluarkan dari bank ? Pernahkah anda terfikir bahawa wang kertas itu mungkin ada yang palsu ? Baru - baru ini ada seorang pemuda yang mengeluarkan wang dari sebuah bank di Seri Kembangan telah menyedari wang tersebut adalah tidak lengkap ciri - cirinya apabila gagal dimasukkan ke dalam mesin tunai automatik ( CDM ) .


Wang Kertas Palsukah ?


Wang Kertas Palsukah ?


Ada sesetengah orang boleh kenal wang palsu ada juga yang tidak . Tetapi kalau wang tersebut tidak sama seperti wang asal , maka wang itu adalah palsu . Agak terkilan di sini bagaimana pihak bank boleh memiliki wang kertas yang tidak lengkap ciri - cirinya . Bukankah sudah menjadi tanggungjawab pihak bank untuk pastikan wang kertas mereka cukup sifat aka tulen ? 

PASOH - Seorang pemuda terkejut apabila mendapati wang kertas RM50 yang diterimanya ketika membuat pengeluaran dari kaunter sebuah bank di Seri Kembangan, tidak lengkap.

Menurutnya, dia mengeluarkan wang itu Jumaat lalu kira-kira jam 1 petang di Seri Kembangan sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank lain menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal.
“Saya hanya menyedari wang kertas ini berbeza ketika mahu membayar minuman ketika keluar minum bersama bapa dan rakan di Bandar Seri Jempol.
“Selepas meneliti wang terbabit, saya dapati hanya tertera angka lima dan tanpa ciri keselamatan,” katanya.

Dalam keadaan negara kita yang sedang menghadapi musibah banjir serta kejatuhan mata wang , tak mustahil wujudnya wang palsu itu berlaku . Maka , ceklah wang kertas anda setiap kali anda membuat pengeluaran di bank juga ketika berurusniaga . RM 50 walaupun tak besar nilainya tapi kalau dah berkeping - keping , boleh buat anda pengsan serta merta !



 ~ Cetusan Minda ~




9 Responses to "Wang Kertas Palsukah ?"

  1. Thank u info ni.. Tp masalahnya kadang kite tak tau mcm mne nk tgk wang kertas tu palsu atau tulen..huhu. CM ada tips tak utk bezakan antara wang kertas palsu dan tulen. Kot ada, blh kongsikan..^_^

    ReplyDelete
  2. thanks share.. hmm.. macam2 skrg ni..

    ReplyDelete
  3. Kesiannya klu dpt duit palsu.. dulu waktu saya di bank ada seorang peniaga pasar malam di kaunter sebelah nak bank in duit tapi ada diantaranya duit palsu.. kesian dekat rm150 duit palsu. Terus pegawai bank tu suruh buat laporan tapi apa gunanya.. dah terjadi.. nak claim dengan siapa..
    #rethink kat intilah...

    ReplyDelete
  4. kena hati-hati ni...bank sendiri pun keluarkan wang palsu dari mesin ATM.

    ReplyDelete
  5. Aduhai..ni yg takut ni. Perlu check dulu la nampaknya.

    ReplyDelete
  6. hmmm tu la tak pernah ambik pusing pun wang palsu tak.. yela kalau dah withdraw dr atm note yg besar2 mcm ni assume tulen lah kan..

    ReplyDelete
  7. Risau gak kekalau terterima wang palsu nie...

    ReplyDelete
  8. Tq ya Vee atas info ni..Tapi kalau sekali tengok mmg kita takakn perasan mengenai wang palsu camni..Kena lebih berhati2 la lepas ni..

    ReplyDelete
  9. kdg2 kita tak perasan pon duit tu palsu @ tidak..terutama kalau kuar dari ATM...rembat terus masuk dalam beg...huhuhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...