Malu itu Sebahagian daripada Iman


Assalamualaikum ...

Bismillah . Kecoh kat media sosial terpapar gambar remaja muslim dipeluk artis k-pop . CM sebenarnya tak tahu pun perkara ni sehinggalah terbaca satu blog . Dek kerana gambar ni yang dah jadi viral , maka banyaklah komen negatif termasuk maki hamun . Apa yang CM boleh katakan , bukan salah ibu bapa yang mendidik , bukan salah cikgu yang mengajar tetapi dek kerana taksub dengan artis pujaannya yang dah ada depan mata , maka hati itu mengikut naluri membenarkan yang haram terjadi . Hanya kali ni dapat jumpa , tengok dan naik pentas untuk jumpa artis pujaan . Tak apalah kalau dosa sekali ini sahaja , katanya . Sudah hilang perasaan malu pada yang melihatnya walaupun malu itu sebahagian daripada iman !


Malu itu Sebahagian daripada Iman


Malu itu Sebahagian daripada Iman


Sebagai muslim , kita digalakkan meletakkan rasa malu itu melebihi rasa mahu untuk mengekang kita dari melakukan perkara yang dilarang dalam Islam . Sebab itu malu itu sebahagian daripada iman . Kalau dah tak ada rasa malu , peluk sana , peluk sini , maka sudah jelas iman pun melayang . Bila dah tak malu , maka yang datang adalah maksiat serta umpat keji yang mengundang dosa mereka yang melihat juga mengaibkan diri sendiri si pelaku itu .

Daripada Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu ( yang keterlaluan ) , lalu Baginda s.a.w. bersabda ;

" Biarkanlah dia ( dengan perasaan malunya ) , kerana malu ini sebahagian daripada iman . "

Hadis ini jelas menerangkan bahawa

  • kelebihan sifat malu , sifat malu adalah antara kesempurnaan iman , kerana sifat malu menghalang seseorang daripada melakukan maksiat dan mendorongnya melakukan taat dan ibadat .
  • Malu adalah sifat semulajadi ( fitrah ) dalam diri manusia , ianya boleh diasuh dan boleh didik supaya sesuai dengan tuntutan syarak .
  • Islam menyuruh umatnya bersifat pemalu itu kerana ianya sebahagian daripada iman . 


Bila tiada rasa malu , maka hasil dan kesannya , ibu bapa , ahli keluarga akan dapat malu juga . Hanya kerana keinginan yang tak dapat dibendung , ibu bapa terpaksa menanggung malu atas perbuatan anaknya . Justeru itu , jadilah anak yang soleh / solehah yang meletakkan malu sebahagian daripada iman itu dihadapan sebelum melakukan sesuatu perkara .






7 Responses to "Malu itu Sebahagian daripada Iman"

  1. Memalukan agama dan budaya kita lah... terlalu taksub sgt hingga lupakan batas.. modenlah sgt... wallahualam..
    Ke inti meninjau subjek menarik.. :)

    ReplyDelete
  2. Banyak benda memalukan berlaku di depan mata setiap hari. Salah satunya drama-drama Melayu di TV yg mempromosikan pelukan, pegangan dan sentuhan bukan muhrim. Bila wanita kita peluk artis Korea heboh satu Malaysia, bila wanita dan lelaki kita berpelukan setiap hari di depan TV tak ada ulamak yg bersuara...

    ReplyDelete
  3. Moga mereka yang terlibat insaf dan bertaubat. Amin.

    ReplyDelete
  4. Tak tau nak cakap apa...
    ...dah macam bukan kat Malaysia..

    ReplyDelete
  5. Ohhh gambar ni mmg tgh viral sekarang ni....mesti malu budak tu kan Vee....ke bangga ? Moga dijauhkan anak cucu dan keturunan kita dpd terjadi gitu.....Dah jangan buat lagi ye dik....bertaubatlah....

    ReplyDelete
  6. Macam dah biasa buat je.
    Tu pasal dwpan khalayak pun berani buat.
    Nauzubillahhiminzaalik.

    ReplyDelete
  7. sy pulak yang malu tengok huhuuhuh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...