Merotan Yang Dibenarkan Dalam Islam


Assalamualaikum ...

Bismillah . Semalam di Facebook hangat memperkatakan tentang rotan . Bukan kegunaan rotan untuk menghasilkan kerjatangan seperti bakul tapi rotan untuk merotan pelajar di sekolah dan anak du rumah . Di alam remaja CM , adalah perkara biasa . Sama ada digunakan oleh guru di sekolah juga ibu bapa , abang dan kakak di rumah .

Rotan itulah yang membuatkan kami sentiasa menurut kata guru dan rajin belajar . Bukan kerana guru itu garang tapi kerana takut buat salah dan dapat habuannya . Ibu bapa sangat percaya dan hormat pada cikgu . Umpamanya kalau CM mengadu pada mak bapak , CM lah yang kena marah dulu . Malah cikgu pada ketika itu tidak ambil kesempatan . Ibu bapa pula tak pernah terfikir nak buat laporan polis bila anak mendapat habuan dari cikgunya . Yang ada hanyalah perasaan malu bila perbuatan anak menjadi buah mulut masyarakat setempat dan ibu bapa itu merasakan mereka seperti tidak pandai mendidik anak .

Di rumah pula , walaupun abah dan bonda tak merotan kami tapi ada ketikanya akan capai apa sahaja sama ada tali pinggang atau ranting pokok kopi untuk takutkan kami . Maklumlah adakalanya kami degil juga . Kalau dah air di parit itu besar dan deras selepas hujan , tapi dek sebab gian nak berenang , kami redah juga . Masa ni lah rotan itu abah gunakan . Bagi bonda pula , bila sampai masa mengaji atau baca Quran , ada lah rotan kat sebelah . Tujuannya nak kita fokus pada pada apa yang dia ajar . Abang saya pula , suka gunakan tali pinggang bila CM malas atau lambat buat kerja rumah seperti memasak , mengemas dan mencuci baju yang banyak hanya dengan menggunakan tangan !


Merotan Yang Dibenarkan Dalam Islam



Merotan Yang Dibenarkan Dalam Islam


Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan .

2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak .

3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak .

4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud ; 

Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : 

Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka .

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik. 

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini .


Rujukan:
1. Abdullah Naseh al-Ulwan, Tarbiah al-Aulad, juzu’ 2, cet. ke-30 1996, Dar al-Fikr, Lubnan




Dalam Islam merotan itu dibenarkan tapi bersyarat . Kalau nak menentang hukuman merotan ini semata - mata sayangkan anak yang tak kena pada tempatnya , maka jangan dikesali andai satu hari nanti anak itu tidak mahu mendengar teguran anda lagi dan menganggap teguran ibu bapa sebagai menyibuk dan kolot .

Ibarat kata pepatah , sayang anak ditangan - tangankan . Kalau merotan itu boleh jadikan mereka lebih disiplin dan menjadi anak yang taat dan mendengar kata , maka rotanlah sekadar untuk memberi pengajaran bukan atas perasaan marah , malu dan sebagainya yang boleh mendatangkan kecederaan mental juga fizikal . 



~ Cetusan Minda ~


6 Responses to "Merotan Yang Dibenarkan Dalam Islam"

  1. dulu lain,sekarang lain kan...klu dulu,klu kena rotan kat sekolah,ngadu ngan mak,confirm kena marah balik...tapi zaman sekarang dah lain..

    ReplyDelete
  2. kan...sgt berbeza zmn dulu dgn skrg... bkn stakat cikgu rotan,mak ayh pon rotan skali... utk mndidik ank2 spy jdi berguna pd Agama, bangsa & Ngra...

    ReplyDelete
  3. zaman sekolah dlu pernah gak kena rotan...tapi smpai skg masih memberi makna yg mendalam utk djadikan sbgai panduan hidup....hihiiih

    ReplyDelete
  4. garis panduan ini perlu diketengah kan jikalau undang2 berkaitan merotan nak diperkenalkan... jangan main tibai nak larang jer... rujuk dulu ulamak dan cerdik pandai... undang2 negara orang belum tentu sesuai dengan undang2 di dalam masyarakat kita...

    salam singgah

    ReplyDelete
  5. Tidak ada ibu bapa yg ingin merotan anak melainkan dah terpaksa.
    Kalau mendera tu, bukan hanya rotan, guna apa pun memang perlulah didakwa.

    ReplyDelete
  6. Zumal masa kecik dulu pun selalu kena rotan, tapi kerana rotan tu juga boleh mendisiplin diri

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...