Kepincangan Suamiku Encik Sotong


Assalamualaikum ...

Bismillah . Suamiku encik sotong bukan suami CM . Sebab CM belum nikah pun . Ramai orang minat tengok suamiku encik sotong yang sedang berlangsung di Astro ni . CM mula terjebak dengan suamiku encik sotong bila kakak CM suka sangat tengok di setiap hujung minggu . CM ada persepsi yang kurang senang tentang drama bersiri suamiku encik sotong ini .


Suamiku Encik Sotong



Kepincangan Suamiku Encik Sotong


Suamiku Encik Sotong adalah kisah seorang lelaki dan seorang perempuan yang disatukan di atas nama sebuah perkahwinan hasil perancangan dua buah keluarga . Bahasa mudah , perkahwinan yang dirancang oleh ibu bapa . Dalam drama ini , sama ada lelaki mahupun perempuan tersebut menerima sahaja pilihan keluarga masing - masing . 

Apabila sudah menjadi suami isteri , si isteri dan si suami ada kekasih gelap masing - masing . Si suami yang lembut ala sotong itu miliki teman wanita yang tomboy sedikit manakala si isteri pula memiliki kekasih yang lebih macho daripada suaminya . Hubungan dengan kekasih gelap ini diketahui oleh si suami juga si isteri dan masing - masing menghalalkannya . Inilah kepincangan suamiku encik sotong .

Hubungan Terlarang Suamiku Encik Sotong 


Kisah hubungan kekasih gelap ni lah yang CM nak cerita kat sini . Walaupun drama suamiku encik sotong ini adalah hasil adaptasi dari sebuah novel , itu tidak bermakna satu pun dari watak dalam drama ini tidak boleh diubah . CM secara jujurnya tidak suka dengan si suami atau si isteri yang membenarkan perhubungan kekasih gelap aka berzina sehingga mengandung . Hubungan seperti itu jelas dilarang dalam Islam .

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.[QS Al Isra’ 17:32]

Sesebuah drama ada tanggungjawab sosial kepada penontonnya . Bukankah lebih manis kalau pasangan suami isteri itu dipilih dari pelakon di kalangan bukan Islam dan jalan ceritanya juga berkenaan pasangan bukan Islam . Jadi , perjalanan watak itu tidak nampak seperti Islam menghalalkan zina . Walaupun ianya sekadar lakonan , ianya tetap nampak canggung dalam kehidupan sebuah keluarga muslim . Kreativiti sesebuah karya tidak akan terjejas hanya kerana pelakon itu bukan Islam . Malah jalan cerita tetap sama .

CM akui memang wujud suami isteri ada kekasih gelap dalam dunia nyata . Tapi tak perlulah sehingga drama menjadikannya seperti perkara biasa dan menyatakan itu sekadar lakonan . Ada baiknya pihak lembaga penapisan filem menetapkan peraturan - peraturan tertentu dalam drama melayu yang dilakonkan oleh orang Islam agar ianya dapat menjaga martabat agama Islam itu sendiri . 
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.[QS An Nuur 24:2]

Begitu juga dengan watak bomoh . Walaupun sekadar lakonan , tapi ianya boleh memesongkan akidah pelakon itu sendiri . Sebaiknya , pihak produksi ambil sahaja pelakon bukan Islam untuk membawakan watak bomoh itu supaya akidah pelakon beragama Islam tidak terjejas . Pihak produksi perlu tahu bahawa mereka ada 'saham dan tanggungjawab ' yang besar di akhirat nanti . Jangan sesekali diambil mudah !




~ Cetusan Minda ~



16 Responses to "Kepincangan Suamiku Encik Sotong"

  1. Sekali/a ada juga tgk sekejap2 cerita ni.
    Suka jugak bab lembut2 tu.
    Yg psl sampai preggy tu baru tau mk cite.

    ReplyDelete
  2. Walaupun Sha taklah baik sangat, tapi memang tak setuju dengan jalan cerita sebegini.. Ada juga media tulisan dari non-muslim yang pertikaikan jalan cerita ni... hmm bila baca malu jadinya...

    ReplyDelete
  3. sekarang ni byk citer kt tv tiada yang betul2 mengisahkan kehidupan org islam sebenar....kalau ada pon....sekadar melepas batuk ditangga....aurat lagsung tidak di jaga...kdg2 sy prefer drama melayu yg di tayang di tv alhijrah..coz semua wajib menutup aurat :)

    ReplyDelete
  4. sama juga.. tak setuju dgn dramani.. mula2 layan la tapi lelama naik nyampah.. tang yg berzina sampai ngandung tu.. terus takmo tengok drama tu

    ReplyDelete
  5. Yes, betul sgt tu kak. Mula2 aima layan la jgk. Tapi bila dah masuk bab sampai g bali n mengandung tu terus tak tengok dah. Suami dayus, isteri pulak nusyuz. Kan, ish. Xtau apa pengajaran dan pembelajaran yg cuba dibawa dlm drana ni.

    Baik aima layan drma zahira, hehe.. suka dgn watak yg dibawa adi putra ngan zahira sendiri.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum... vee,

    mselim3 ada tgk sekejap cerita nie... bila tgk jalan cerita macam nie terus tak tengok. Cerita yang bagi mselim3 dalam membina hubungan suami dan isteri... tak bagus dijadikan contoh... tak berminat cerita macam nie....

    mselim3

    ReplyDelete
  7. Tulah... dah mcm tak faham agama pulak buat cerita tu. Memanglah cerita... nak kasi hit... tapi boleh jadi ikutan org lain rasa mcm tak kisah je. Klu cerita org bukan Islam tu lainlah hhmmm...

    ReplyDelete
  8. Sebelah kaki ke syurga.. sebelah kaki lagi ke neraka..
    Timbang-timbangkanlah..

    ReplyDelete
  9. drama sekarang pentingkan hits dari moral value, cuba tengok sekadar hiburan,jgn smpai terikut

    ReplyDelete
  10. pelakon dan pembuat filem sekarang dah tak pikir dah benda2 macam ni.. semuanya dilakukan atas nama karya seni... sehingga agama diletak tepi..

    ReplyDelete
  11. macam dah ketandusan idea dah kan... banyak lagi karya yang boleh diterokai...

    ReplyDelete
  12. Tak pernah layan cerita sotong² ni..

    ReplyDelete
  13. Adeh...cik akak tak tengok lak drama nie..huhu..

    ReplyDelete
  14. da makin hilang sensitiviti..
    dengar tajuk pun tak selera nak tengok.. hoho..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tgk lagi cerita ni...
    Bahaya jugak kan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...