Tambang Murah Istimewa MAS


Assalamualaikum ...

Bismillah . Syarikat penerbangan Malaysia , MAS telah menawarkan tambang murah istimewa untuk perjalanan pergi dan balik mulai 17 Januari atai 1 Mac sehingga 30 Novemebr 2015 . Tindakan ini diambil mungkin kerana tragedi yang berlaku pada pesawat Air Asia yang menjadi pesaingnya . Strategi ini bukanlah perkara baru dalam bidang perniagaan .



Tambang Murah Istimewa MAS


Tambang Murah Istimewa MAS


MAS menawarkan tambang murah istimewa pergi balik melalui jualannya yang berlangsung semalam sehingga 24 Januari 2015 . Ini sudah tentu merupakan berita baik bagi mereka yang kerap keluar negara sama ada atas urusan kerja atau seorang kaki travel . 

Tawaran ini untuk semua arah untuk perjalanan mulai 17 Januari atau 1 Mac sehingga 30 November 2015 meliputi kelas perniagaan ( daripada RM 699 ) untuk perjalanan domestik juga antarabangsa . Antara destinasi lain adalah ;

  • London , Paris atau Istanbul pada haga RM 2,499
  • Sydney atau melbourne pada harga RM 1,450 
  • Shanghai ( daripada RM 999 ) ,
  • Singapura ( daripada RM 250 )
  • Denpasar serta Ho Chi Minh ( daripada RM 450 )

Tawaran Tambang Murah Untuk Domestik


Tawaran tambang murah untuk domestik ini serendah RM 129 untuk tiket pergi balik termasuk semua bagi destinasi dan RM 199 ( tambang pergi balik termasuk semua ) bagi laluan antarabangsa untuk kelas ekonomi .

Antara destinasi domestik termasuklah Kuala Lumpur ke Langkawi , Johor Bahru , Kuantan , Kota Baharu ,Terengganu , Alor Setar dan Kota Kinabalu .


Tahun ini banyak cuti hujung minggu yang panjang . Oleh itu , sangat sesuai untuk anda melakukan perjalanan ke luar negara . Malah MAS juga mempunyai tawaran untuk anda sekiranya anda membuat penerbangan saat akhir .




~ Sumber Informasi ~


  
   

8 Responses to "Tambang Murah Istimewa MAS"

  1. Tawan menarik ni..tapi kena plan cuti awal2...
    thanks CM

    ReplyDelete
  2. Peluang baik utk org2 yg suka jalan2. Hujung bulan ini puan isteri nak ke Jakarta tapi tiket sudah beli (Air Asia), kalau tak boleh pujuk dia naik Mas....

    ReplyDelete
  3. rasa nak cari flight dalam negara...tapi xde idea nak kemana -_-

    ReplyDelete
  4. Yg suka travel, mesti tak lepaskan peluang ni

    ReplyDelete
  5. Mmg murah.. promosi terbaik ni. Menariklah..

    ReplyDelete
  6. nice info...leh la tengok2 tiket pehni :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...