Kelebihan Selawat Fatih


Assalamualaikum ...

Bismillah . Selawat Fatih ini jika diamalkan akan dapat membuka rahsia serta keajaiban yang tidak terjangkau oleh akal sesiapa yang mengamalkannya . Sekiranya anda mengamalkan selawat Fatih 100 kali dalam sehari , insha Allah akan terbuka baginya segala hijab dan menunaikan segala hajat yang kita tidak ketahui melainkan Allah s.w.t. 


Kelebihan Selawat Fatih


Kelebihan Selawat Fatih 


Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu . Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :

1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi , berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu , Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya .

3.  Dibaca 21 kali setiap hari , luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan .

4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari , dosanya akan diampuni Allah.

5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah , nescaya akan terbuka rahsia keajaiban , menghilangkan dukacita , mendapat hidayah dan tercapai segala hajat . Dan akan menjadi ahli syurga , walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.

6. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama - sama Nabi Muhammad s.a.w.

7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab . Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya  dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala .

8. Sesiapa yang berselawat dengan selawat fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka .

9.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari .

Cara Membaca Selawat Fatih 


Anda boleh  membacanya selepas bersolat 4 rakaat dengan bacaan ;
  • Baca surah al-Qadr,
  • Baca al-Zalzalah,
  • Baca al-Kafirun,
  • Baca Ma-’uzatain.

1- Membaca istighfar 30 kali atau 70 kali atau 100 kali .
2- Membaca selawat fatih 50 kali atau 100 kali 
3- Membaca la ila ha illallah 100 kali


Sekiranya mempunyai sesuatu hajat yang besar , hendaklah solat sunat hajat 2 rakaat atau 12 rakaat . Selepas selesai solat  hajat , baca selawat fatih 100 kali atau 313 kali atau 1000 kali .

Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.


Sumber 



~ Sumber Informasi ~


10 Responses to "Kelebihan Selawat Fatih"

  1. subhanallah...banyak sgt kelebihan bila kita mengamalkan selawat fatih ni..;)

    ReplyDelete
  2. in sha alalh sama sama kita amalkan selawat fatin ini :D

    ReplyDelete
  3. Tqsm 4 sharing....InsyaAllah akn diamalkan....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...thanks for sharing...bolehla diamalkan...^_^

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah boleh diamal kan..TQ berkongsi ilmu sis..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah... t kasih atas perkongsian CM..
    inti yg baru hadir di hari minggu...

    ReplyDelete
  7. banyak jenis selawat.. yg ini 1st time saya dengar.. ilmu baru.. thanks..

    ReplyDelete
  8. No.8 paling saya nak ~ tak dijilat api neraka.

    ReplyDelete
  9. Ade dlm kitab munyatulmusolli kelebihan no 8

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...