ASSALAMUALAIKUM ...
Selalunya kita tak berapa tahu pun kelebihan membaca surah - surah lazim atau pun surah lainnya . Bila kita banyak membelek , barulah kita jumpa apa yang kita tak tahu . Itu perlunya mencari ilmu dan mempelajari . Allah menurunkan al - Quran yang mengandungi pelbagai surah adalah untuk membantu umatnya supaya dapat melalui halangan serta ujian yang DIA berikan ke atas kita .
Terdapat 10 Surah yang boleh kita amalkan bacaannya agar kita dapat melepasi ujian yang DIA berikan kepada kita sebagaimana berikut ;
1. Surah al - Fatihah
Surah ini dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT kepada
kita .
2. Surah Yassin
Surah ini dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan
pada hari kiamat .
3. Surah Dukhan
Surah ini dapat membantu kita ketika menghadapi ujian
dari Allah SWT pada hari kiamat .
4. Surah al - Waqiah
Surah ini dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan
atau fakir .
5. Surah al - Mulk
Surah ini dapat membantu meringankan azab di dalam kubur .
6. Surah al - Kauthar
Surah ini dapat merelaikan segala perbalahan .
7. Surah al - Kafirun
Surah ini dapat menghalang kita menjadi kafir ketika
menghadapi kematian .
8. Surah al - Ikhlas
Surah ini dapat melindungi kita daripada menjadi golongan
munafik .
9. Surah al - Falq
Surah ini dapat bantu kita menghapuskan perasaan hasad
dengki .
10. Surah an - Nas
Surah ini dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit
was - was .
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambanya. Justeru itu DIA menyediakan surah - surah serta amalan yang boleh kita lakukan supaya selamat di dunia juga di akhirat . Oleh itu, bersangka baiklah kepada Allah apabila DIA menurunkan ujian kepada kita kerana DIA MAHA Menyayangi .
Disediakan oleh ;
Moga jadi amalan kita. Thanks for sharing ^_^
ReplyDeletelazimnya surah alfatihah tu yg diamalkan...
ReplyDeleteThanks for sharing Sis Vee..Moga-moga dapat kita amalkan selalu ya..
ReplyDeleteSetiap surah2 itu ada pengertian nya tersendiri...cuma ramai diantara kita yang tidak tahu...
ReplyDeleteSurah surah biasa yg selalu kita dengar tapi tulahkan Vee nak beristiqmah membacanya amatlah payah
ReplyDeletesalam. sy selalu amalkan ayat kursyi dan 3Qul saja..insyAllah sy cuba amalkan juga yang lain lain..
ReplyDeleteSetiap surah ada kelebihannya tetapi tiada kekurangannya...
ReplyDeleteSubhanaAllah...byk kan kelebihan surah2 ni if kita amal...surah2 lazim ni byk keistimewaan...syukur
ReplyDeleteT kasih atas perkongsian Vee.. in shaa Allah.. akan sentiasa menjadi amalan... aamiin.
ReplyDeleteMayfair...