Tahukah ANda : Rahsia Dan Keistimewaan Air Zam Zam


ASSALAMUALAIKUM ...

Tahukah ANda : Rahsia Dan Keistimewaan Air Zam Zam | Dengan lafaz Bismillah, Air zam zam adalah merupakan salah satu daripada tanda - tanda kebesaran Allah . Ini kerana ia memiliki banyak kelebihan dan keistimewaan nya yang tersendiri . Di antara keistimewaan air zam zam berdasarkan al - Quran dan Hadis ialah :



 Rahsia Dan Keistimewaan Air Zam Zam
Gambar : punca air zam zam yang datang dari arah Kaabah


Rahsia Dan Keistimewaan Air Zam Zam


1. AIR ZAM ZAM BERASAL DARI MATA AIR SYURGA


Terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa air zam zam berasal dari syurga . 

" Saihan , Jaihan , Efrat ( Furat ) dan sungai Nil kesemuanya adalah bahagian dari sungai - sungai syurga . "
Imam Nawawi menghuraikan hadis tersebut seperti berikut ;

" Mengenai kenyataan bahawa sungai - sungai tersebut merupakan bahagian dari air syurga adalah sesuatu yang nyata kewujudannya . "

2. AIR TERBAIK DI BUMI 


Air zam zam mengandungi segala kebaikan , khasiat dan keberkatan . Ini dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW diriwayatkan dari Ibnu Abbas , yang bermaksud ;

" Sebaik - baik air di muka bumi adalah air zam zam , di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit . "      

( Al - Munziri , Kitab At - Targhib Wat Tarhib ) 


3. TERLETAK DI TEMPAT YANG PALING SUCI DI DUNIA


Kewujudan pancuran air zam zam ini adalah disebabkan oleh perintah Allah melalui Malaikat Jibril  ( pemimpin para Malaikat ) iaitu makhluk paling amanah dan penuh berkat . Malaikat Jibril AS telah memukul di tempat yang paling suci ( Makkah ) dengan menggunakan sayap atau pun tumitnya , maka keluarlah air yang diberkati ini .

Allah telah memilih kewujudan air zam zam ini berhampiran dengan tempat yang paling mulia iaitu di sudut Kaabah dan makam Nabi Ibrahim ( kesan tapak kaki nabi Ibrahim AS ) . Di sudut ini , air zam zam menjadi air minuman para tetamu - Nya iaitu para jemaah haji dan umrah serta mereka yang tinggal berdekatan dengan Baitullah .

4. NIKMAT TERBESAR DAN BERMANFAAT  BAGI JEMAAH HAJI 


Di antara manfaat terbesar yang dapat dilihat secara jelas oleh para jemaah haji dan umrah di Makkah adalah air zam zam . Air zam zam merupakan di antara nikmat - nikmat Allah yang agung , yang diciptakan di tempat suci dan penuh keberkatan . 

5. DIGUNA OLEH MALAIKAT UNTUK MEMBASUH HATI RASULULLAH SAW .


Dada Rasulullah SAW pernah dibedah oleh Malaikat sebanyak 4 kali seteah di perintah oleh Allah untuk mencuci hati Baginda dengan menggunakan air zam zam . Kali pertama baginda di bedah pada ketika berumur 7 tahun dan tinggal bersama ibu susuannya , Halimatus Sa' diah . Kali ke 2 ketika berusia 10 tahun.  Ke 3 sewaktu malaikat Jibril AS datang untuk menyampaikan wahyu sebagai petanda diangkat sebagai nabi .  Kali ke 4 pada malam Israk Mikraj . 


6. KEBERKATAN LUDAHAN RASULULLAH SAW


Riwayat ada menceritakan Rasulullah SAW pernah meludah ke dalam perigi air zam zam . Air liur Rasulullah  SAW mengandungi keberkatan serta mukjizat . Perkara ini merupakan penghormatan Allah SWT kepada kekasih - Nya . Di antara mukjizat air liur baginda adalah ubat untuk menyembuhkan penyakit , mengandungi vitamin dan kekuatan dan sesiapa yang sedang dahaga akan merasa puas setelah meminum air zam zam .

Bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

" Sesungguhnya saya akan memberikan panji peperangan esok hari kepada seorang yang diredhai Allah SWT . " Ketika pagi harinya orang - orang datang kepada Rasulullah SAW bertanya : " Di mana Ali bin Abi Talib ? " Mereka menjawab : " Beliau sedang sakit mata wahai Rasulullah . " Rasulullah bersabda : " Panggil dia ke mari . " Ketika Ali RA datang menghadap , Rasulullah SAW meludahi kedua - dua matanya dan berdoa untuknya . Saidina Ali telah sembuh pada ketika itu juga bagaikan tidak pernah di timpa sakit mata . Kemudian Rasulullah SAW menyerahkan panji peperangan kepada Saidina Ali RA . "


7. MINUMAN YANG MENYENANGKAN


Ummu Aiman , pengasuh kepada Rasulullah SAW semasa kecil meriwayatkan ;

" Saya tidak pernah melihat Muhammad ketika kecilnya mengeluh kerana lapar ataupun haus . Bahkan sewaktu baginda telah dewasa . Setiap pagi baginda meminum air zam zam . Ketika kami hulurkan makanan baginda berkata : Saya belum teringin makan kerana kenyang . " 


8 . UBAT PELBAGAI PENYAKIT


Rasulullah SAW pernah menggunakan air zam zam untuk mengubati orang sakit dengan cara memercikkan dan meminumkannya kepada pesakit .

Diriwayatkan daripada Abu Zar Al - Ghifari , bahawa Rasulullah SAW bersabda :

" Zam zam adalah makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi segala penyakit . "


 Rahsia Dan Keistimewaan Air Zam Zam

Gambar : Air zam zam keluar membuak - buak 

9. TIDAK AKAN KERING


Sabda Rasulullah SAW :

" Bahawa air zam zam adalah air yang penuh keberkatan dan mengenyangkan . Allah SWT akan memberikan kemuliaan kepada hamba - Nya yang dikehendaki - Nya sejak awal hingga waktu yang Dia kehendaki . "

Sabda baginda ini menunjukkan kemuliaan dan keagungan serta kelebihan air zam zam yang Allah SWT kurniakan selama mana ia masih wujud dan tidak akan kering selagi mana dunia ini wujud .


Daripada kajian juga menunjukkan mata air zam zam memancarkan air sebanyak 11 hingga 18 liter air sesaat . Ini bermakna setiap minit ia akan menghasilkan 660 liter air . Masya Allah !




~ Cetusan Minda ~





10 Responses to "Tahukah ANda : Rahsia Dan Keistimewaan Air Zam Zam"

  1. Subhanallah! Hebar kuasa Allah ni kan.
    Sepanjang alahan mengandung ni mak bagi minum air zamzam. Alhamdulillah, awal2 dulu nak minum air masak memang tak lalu. Tapi bila minum air zam-zam, rasa dia lain sgt. elok je telan kat tekak ni. Alhamdulillah,

    ReplyDelete
  2. Sungguh bagai dikata... tiada sangsi atau curiga. Memang ternyata air zam zam hebat tiada bandingannya!

    ReplyDelete
  3. Air zam-zam. Banyak keistimewaannya. Anugerah Allah untuk kita semua...

    ReplyDelete
  4. aritu br terbaca.saintis jepun mengiktiraf kehebatan air zam zam ni!

    ReplyDelete
  5. memang banyak kebaikan air zam zam ni
    saintis barat sendiri mengakui keistimewaan air ni

    ReplyDelete
  6. Subhanallah ....untung mereka yg dapat minum air zam zam tiap tiap harikan Vee...
    Banyak sungguh khasiatnya

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. air yg penuh dgn kebaikan & keberkatan...

    ReplyDelete
  8. Khasiat di dalam air zam zam memang banyak.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...