Assalamualaikum
Dengan lafaz Bismillah, ramai yang mengamalkan pembacaan ayat 1000 dinar dengan tujuan untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah daripada Allah . Walau apa pun niat kita , sebagai hambaNya, tanggungjawab kita adalah berdoa dan berusaha . Selebihnya serah sahaja kepada Allah .
Dah banyak rumah yang saya pergi ada tergantung AYAT 1000 DINAR malah juga di premis perniagaan. Saya hanya tersenyum sambil memandang .
Persoalannya , adakah penghuninya hafal ayat ini dan mengamalkannya atau sekadar menggantungnya didinding mengharapkan Allah memberikannya rezeki yang mungkin bergolek ?
Sebagaimana menurut seorang Ustaz di dalam program agama di televisyen , dengan senyum beliau berkata sinis , " orang kita suka gantung ayat ini di rumah mereka. "
Keajaiban Ayat 1000 Dinar
Percayakah anda bahawasanya ayat 1000 dinar ini telah memberi kesan dan benar - benar belaku . Saya anggapnya sebagai keajaiban dengan izin Allah.
" Kakak saya ada pengalaman dengan ayat nih . Satu hari di bulan Ramadhan , berjalan keluar dari kelas , terjumpa ayat nih di dinding , maka dia pun bacalah . Pas tu terus menuruni tangga . Tiba - tiba terserempak dengan GPK menyampaikan pesanan Pengetuanya di dalam sampul surat . Kakak saya bertanya , apa nih ?Jawabnya ringkas sahaja , pengetua kirim salam .Tiba di bilik guru , trus lah buka ... alhamdulillah , itulah yang kuar dari mulut bila ada duit raya RM 500 kat dalam tuh . Sebenarnya , sehari sebelum tuh keta kakak saya breakdown . Sedangkan 2 minggu lagi nak sambut raya . "
Maka kakak saya teringatlah ayat seribu dinar yang baru beberapa minit dibacanya . Subhanallah ! Sesungguhnya sekiranya DIA mahukan ianya berlaku , maka berlakulah ia !
Pembaca juga boleh amalkan zikir di atas . Banyak sebenarnya cara untuk kita keluar dari kebuntuan .Tapi kita perlu lakukan satu perkara ...SENTIASA BERSAMA ALLAH !
Moga jadi amalan kita semua... Lagi satu untuk murah rezeki amalkan juga Solat Dhuha...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.. :)
ReplyDeleteSesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... subhanallah..
ReplyDeleteMayfair lagi...