Hari Lahir Peringatan Kematian


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah . Alhamdulillah , saya masih dapat melihat muka bumi Allah dan menghirup udara segar hari ini walaupun belum tentu ianya berterusan atau mungkin juga hanya sebentar cuma . Tiada siapa boleh menduga . Tidak juga kamu malah saya . Hanya doa saya yang bisa panjatkan agar Allah panjangkan usia untuk menambah ibadah sebagai bekalan di sana . Cukuplah sekadar mengingati diri bahawa hari ini adalah hari lahir saya yang memberi peringatan kematian juga bisa berlaku pada bila - bila masa .


Hari Lahir Peringatan Kematian


Jika dahulu , saya sangat teruja untuk meraikan hari lahir saya , tapi kini saya perlu akur bahawa , hari lahir juga bermaksud hari kematian menjelang tiba . Sama ada , sebelum , pada hari lahir atau selepas hari lahir , kita perlu sentiasa bersedia kerana malaikat maut datang tanpa diundang . Para ulama mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w lahir ada hari Isnin 12 Rabiul Awal dan mangkat juga pada hari dan tarikh yang sama juga . Malah ada ustaz mengatakan bahawa kita akan menemui kematian pada hari lahir kita .

Kematian para penumpang MH17 yang ramai diantaranya baru sahaja meraikan hari lahir malah ada juga yang akan menyambut hari lahir telah benar - benar membuat saya berfikir adalah benar bahawa hari lahir sebenarnya adalah peringatan kematian

Solat Sunat Taubat Dan Solat Hajat


Adalah lebih baik pada malam anda dilahirkan , bangunlah seawal 1/3 malam , lakukan solat sunat hajat memohon kepada Allah apa yang anda hajatkan selain memohon dipanjangkan usia . Inilah perkara yang terbaik yang boleh dan harus kita lakukan di hari kita dilahirkan .

Anda digalakkan juga melakukan solat sunat taubat . Sekiranya anda tidak bisa melihat dunia lagi selepas itu , insha Allah anda 'pergi' dengan kerahmatan . Selebihnya , kita berserah sahaja kepada Allah . Kita hanya mampu lakukan yang terbaik untuk diri kita . Solat sunat taubat ini seeloknya anda lakukan setiap malam sebelum tidur .

Melakukan Puasa Sunat


Selepas melakukan solat sunat taubat dan solat hajat , lakukanlah puasa sunat di siang harinya . Berzikir dan berdoa di setiap sujud di dalam solat lima waktu anda . Sesungguhnya , itulah amalan yang terbaik anda lakukan berbanding dengan meniup lilin di atas sebiji kek bersama suara sorak kegembiraan .


 Hari Lahir Peringatan Kematian


Maka saya juga berfikir apakah akan berlaku sekiranya hari lahir saya jatuh pada hari khamis bersamaan dengan 1 Ramadhan pada tarikh 27 September ? Apa pun nanti , kematian itu pasti sudah Allah tetapkan untuk kita . Semoga saya lebih istiqamah dalam melalui perjalan hidup selepas ini dalam usaha mencari nur Allah menuju ke Jannah . Yang pasti saya perlu lakukannya keseorangan kerana saya hanya memiliki diri saya sendiri bersama Allah yang menemani ...



Dihasilkan oleh :







9 Responses to "Hari Lahir Peringatan Kematian"

  1. Sama2 kita mengingati kematian...sesungguhnya mati itu pasti cuma kita tak tahu bila bagaimana dan dimana

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun Sis Ve..Moga pertambahan usia diberkati Allah...

    ReplyDelete
  3. Sama2lah kita sentiasa beringat akan kematian.. sesungguh setiap peringatan tersebut menjadi ibadah dan amal kebaikan buat kita semua.. Allahuakbar..
    Maaf lama tak menyinggah akibat jadual berblog yg tak menentu.. singgah2 bnyak burung biru yg menyambut... :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir sis...berkongsi ytarikh lahir yangs ama dengan anak dan adik kathy..peringatan yang baik. satu lagi hari lahir kita bermaksud hari di mana ibu kita berjuang untuk melahirkan dan memebawa kita ke dunia,so,hargailah mereka.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir... Apa pun terima kasih atas perkongsian ini. Mati itu pasti ^_^

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ve.....saling ingat mengingati.....

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Lahir sis... moga diberkati Allah sentiasa...
    InsyaAllah, mengingati mati itu amat di tuntut...

    ReplyDelete
  8. Hepy Bezday Veee..... moga istiqamah dengan apa yg dilakukan sekarang. Terima kasih berkongsi peringatan di hari lahir moga sahabat yg lain pun akan mendapat teladan daripadanya....insyaallah

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday vee
    saya juga ada pernah mendengarnya
    setiap kali kita menyambut kelahiran
    adalah selangkah kita menghampiri kematian

    apapun saya doakan semoga vee dipanjangkan umur
    dan dipertemukan jodoh yang baik-baik =)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...