Cara Pikat Nuffnang


Assalamualaikum ...


Dengan lafaz Bismillah .
Ramai antara anda yang menggunakan Nuffnang sebagai penaja kepada blog anda . Ada yang baru menggunakannya , ada juga yang sudah setia dengan Nuffnang untuk sekian lama .

Bagi yang bernasib baik , dalam sebulan , iklan Nuffnang sudah berlegar - legar di blog . Maka , sudah tentu pemilik blog tersenyum lebar . Yang tidak bernasib baik pula , walaupun sudah bertahun , Nuffnang tetap tidak dapat memberi sebarang pulangan kepada pemilik blog . Sudah tentu perkara itu mendatangkan rasa tidak puas hati . Tetapi , tahukah anda ada cara pikat Nuffnang ? 


Cara Pikat Nuffnang


Proses Yang Dilakukan Nuffnang



Sebelum Nuffnang boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem Nuffnang memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda . Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda , oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda . Selepas blog anda diserahhakkan kempen , anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations Nuffnang . Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut , anda boleh e - mel ahli Ad Ops Nuffnang untuk menarik diri daripada kempen tersebut .


Cara Pikat Nuffnang


Sebagai rangkaian iklan blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara bagi anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang. Berikut adalah tips yang anda boleh gunakan :

1 - Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda . 


Nuffnang mencadangkan minimum 20 views setiap hari . Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari .

2 - Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan ! 


Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper , dan large rectangular . Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper , oleh itu Nuffnang mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut . Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan , sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".

3 - Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! 


Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda . Dengan ini , ia membolehkan Nuffnang untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.

4 - Memahami pembaca blog anda. 


Dengan memahami pilihan pembaca blog anda , anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda . Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan Nuffnang untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda , malahan dapat menambah pendapatan blog anda .

5 - Pengiklanan banner Nuffnang. 


Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang . Unit-unit iklan tersebut membolehkan Nuffnang mengukur trafik blog anda dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda . Dengan cara ini , anda akan mendapat pendapatan . Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda , tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak , semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.



Di harap langkah - langkah di atas dapat membantu anda mengetahui bagaimana blog anda dipilih untuk pihak Nuffnang meletakkan iklannya . Sekiranya anda mengikut cara - cara tersebut , saya percaya bahawa anda akan dapat ganjarannya nanti . 



* NOTA :

Sekiranya anda mengalami segala kesulitan atau mempunyai segala pertanyaan , sila hantar mesej kepada HelpDesk Nuffnang 



Disediakan oleh :



15 Responses to "Cara Pikat Nuffnang"

  1. TQ sis berkongsi tips... InsyaAllah boleh di aplikasikan di blog nti :)

    ReplyDelete
  2. Dah makin kecewa dgn Nuffnang ni...Asyik Churp2 tu jer la yg kluar. CPUV pula dah tak melekat. Tengok blog lain sampai 5/6 lekat. Sedang beralih ke lain...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..so far Nuffnang masih sukakan Blog Santai walau pun bukan favorite..he..he

    ReplyDelete
  4. Tengok kat Nuffnang ada lebih dpd satu CPUV tp jarang berlegar kat blog.....byknya churp chur kenapa agaknya yeh vee

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, so far masih bersama nuffnang.

    ReplyDelete
  6. biasanye yang aktif terlibat dengan event yang dianjurkan oleh nuff memang masyuk melekat..huhu

    ReplyDelete
  7. nice info. so far, dari mula letak nuffnang tak ada masalah tapi viewers je yang tak berapa nak klik :p

    ReplyDelete
  8. Rupanya banyak perkara nak kena ambil kira.

    ReplyDelete
  9. dan sentiasa update survey...bkn kata sy tp kata pakar ;-)

    ReplyDelete
  10. terima kasih untuk tips ni vee
    saya sedang mencuba untuk mempraktikkan

    ReplyDelete
  11. Masih setia dgn nuffnang walau pun ada masa mengecewakan juga.. tp, lumayan juga lah dari tak ada.. :D

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...

    terima kasih vee perkongsian ini.. senang lah lepas nie nak pikat nuffnang...

    mselim3

    ReplyDelete
  13. asalamualaikum ..perkongsian yang bagus..tq share info ni, Etuza kena belajar nuffang ni

    ReplyDelete
  14. Malangnya dah lama berpisah dengan nuffnang..

    ReplyDelete
  15. Tip yang sangat bagus dan berkesan untuk dapatkan iklan melalui income nuffnang. Semoga berjaya dapat income kepada semua.....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...