Mampukah Azmin Ali ?


Assalamualaikum ...

Selepas melalui beberapa episod juga drama , akhirnya Negeri Selangor memiliki menteri besar yang baharu . Isu semasa kali ini memaparkan jawapan kepada teka teki yang berlarutan beberapa minggu lalu . Alhamdulillah , kini teka teki itu sudah terjawab . Dengan pemilihan Azmin Ali sebagai menteri besar atas pilihan sultan Selangor , maka desas desus itu terlerai sudah . Sama ada mapukah Azmin Ali menggalas tugas tersebut , hanya masa yang akan menentukannya .


 Mampukah Azmin Ali ?


Harapan Rakyat Selangor


Sebagai rakyat Selangor , saya mengharapkan menteri besar yang baru ini akan dapat melaksanakan tugasnya dengan penuh integriti , efisyen dan telus . Sudah sedia maklum Negeri Selangor kaya dengan sumber . Gunakanlah sumber - sumber itu demi pembangunaan negeri untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat bukan politik . Sesungguhnya bukan mudah hendak mentadbir Selangor . Sejarah menunjukkan kerusi menteri besar Selangor adalah ' panas ' . Tokoh korporat pun boleh tersungkur ! Diharap tidak ada agenda -agenda tertentu juga timbul skandal - skandal yang mengecewakan rakyat . 


 Mampukah Azmin Ali ?


Menteri Besar Menjadi Imam


Adalah satu kelebihan apabila menteri besar berbesar hati mahu mengimamkan solat jemaah . Inilah cara yang paling berkesan dalam usaha menambat hati rakyat terutamanya muslim. Bukan semua pemimpin mampu dan sanggup melakukannya . Diharapkan pada masa hadapan , Azmin Ali masih mampu menjadi imam dan terus mahu menjadi imam kepada jemaahnya .


 Mampukah Azmin Ali ?


Semoga Azmin Ali dapat menjalankan tugas demi rakyat dan pembangunan Selangor bukan sekadar menjadi pemimpin politik sahaja . Apa yang anda lakukan sekarang dan akan datang akan mempengaruhi PRU 14 nanti . Kerana di situ , rakyat adalah ' raja ' yang menentukan siapa pemerintah !



Disediakan oleh ;






11 Responses to "Mampukah Azmin Ali ?"

  1. Personally saya tak kenal dia..saya pulak not into politik sangat..tapi hopefully perlantikan dia nie dapat memberi kebaikkan untuk seluruh rakyat selangor..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. kita tunggu dan lihat ke mana arahnya selanogr di bawah kepimpinan baru ni..doakan yg baik2 sahaja

    ReplyDelete
  3. Kita sama2 doakan agar beliau dpt menjlnkan tugas dgn baik ..

    ReplyDelete
  4. Untuk mentadbir rasanya tiada masalah... kerana setiap menteri besar itu ada penasihat2 dalam bidang kepakaran masing2... cuma ketelusan, amanah dan sikap peduli kepada rakyat sahaja yang kita perlukan... semoga YB AA dapat menjalankan tugas dengan baik...

    ReplyDelete
  5. Insha Allah, moga pentadbiran Selangor lebih baik...

    ReplyDelete
  6. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaiknya...dan negeri Selangor akan bertambah maju, sejahtera dan makmur dibawah MB AA

    ReplyDelete
  7. Hidup Azminnnn....hehe...
    Kita bagi masa pada Azmin utk melihat perubahan Selangor

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah pemimpin boleh jadi imam.
    Semoga berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab yang berat ini.

    ReplyDelete
  9. selamat menjalankan amanah utk MB baru

    ReplyDelete
  10. saya juga mengharapkan dia mampu menggalas tanggungjawab tersebut
    di atas kertas, beliau tidak mempunyai pengalaman yang cukup kuat
    berbanding MB sebelum ni, apapun moga selangor
    di bawah teraju beliau akan terus maju

    ReplyDelete
  11. Doakan yg baik shj lah buat bumi Selangor...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...