Zikir Mudahkan Tidur


ASSALAMUALAIKUM ...


Dengan lafaz Bismillah . Perkara selalu terjadi pada sesiapa saja malah pada saya juga . Ada ketikanya kita memang susah nak tidur . Nak kata otak banyak berfikir , tidak juga . Kalau tengok kat drama , selalunya mereka akan kira kambing sampai tertido . Memang sakit hati lah bila tak boleh tidor sebab sudah pasti esok kena bangun awal subuh . Zikir mudahkan tidur , percaya tak ? 


 Zikir Mudahkan Tidur

Zikir Mudahkan Tidur


Sebagaimana yang dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ( sunnah ) seperti diatas , berzikir dan berselawatlah sebelum tidur . Saya amalkan melakukannya . Alhamdulillah , memang berkesan . Selalunya belum selesai berzikir , sudah terlelaplah mata ini . Antara zikir mudahkan tidur adalah seperti berikut ;

1. Ambil tasbih , pejam mata dan berzikir ;

  • bismillah - 21 x ( sunnah Rasulullah ) . Vee biasa buat 33 x ( guna tasbih )
  • Istighfar  - 33 x
  • Berselawat - 33 x


2. Kalau masih tak terlelap juga ...

  • Subhanallah - 33 x
  • Alhamdulillah - 33 x
  • Allah hu Akbar - 33 x


3. Masih tak leh gak ???

  • La ila ha illa Allah - 100 x
  • Yazal Jalali Wal Iqram - 100 x
  • La haulawala quwwata illa billa - 100 x


Kalau boleh sebelum tidur tu ambil la wudu' , baca Bismillah 21 x , Ayatul Qursi dan 4 Kul , pastu tiupkan kat tapak tangan dan sapukan pada seluruh badan bermula dari ubun - ubun hingga ke kaki . Selepas  itu , sambunglah dengan berzikir .

Insya Allah , selain mudah untuk tidur , berzikir ini juga boleh elakkan rumah kita dimasuki pencuri / perompak dan juga berlaku kebakaran !


12 Responses to "Zikir Mudahkan Tidur"

  1. Bagus tips ni untuk orang yang mengidap imsonia seperti saya. Tengoklah jam berapa saya tinggalkan komen ni.. Huhuhu..

    Salam kenal cik Vee.

    ReplyDelete
  2. tidur adalah nikmat..tak tidur bahaya untuk kesihatan..

    Entri Terbaru saya : Alangkah Nikmatnya Ada Ujian Kehidupan

    ReplyDelete
  3. Salam pagi Selasa sis Vee..

    Thanks for the zikir. So far Alhamdulillah, cepat aje tidur...he..he

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah akan di amalkan ya sis... TQ berkongsi ilmu... sllu juga akak ni susah tidur..banyak fikir..huhu...

    ReplyDelete
  5. terima kasih utk perkongsian ni
    adakalanya sy juga rasa sukar nak tidur
    lepas ni blh amalkan zikir ni

    ReplyDelete
  6. InsyAllah akan di amalkan...terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  7. Assalammualalaikum... vee,

    bagus perkongsian nie.... bukan apa kekadang mselim3 ada masa susah nak tidur gak...

    mselim3

    ReplyDelete
  8. Memang betul Vee.....kadang tu mmg susah betul nak tido...
    Memang zikir jadi solution ....sedar tk sedar dah tertidur....hehe

    ReplyDelete
  9. saya biasa juga buat camni
    biasa memang susah nak tidur
    salah satu penyebab adalah sakit yang saya hidapi
    tapi bila amalkan ni, sedar-sedar dah pagi je =)

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah.. mudah2an berkat sentiasa hadir walaupun sewaktu tidur... aamiin.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian Vee ^_^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...