Penyakit Dari Khinzir


ASSALAMUALAIKUM ...

Dengan lafaz Bismillah . Khinzir adalah binatang yang diharamkan memakannya dalam Islam . Memegangnya sahaja memerlukan kita mencucinya dengan air yang bercampur dengan tanah . Itu sudah cukup menggambarkan betapa kotornya makhluk ciptaan Allah itu . Kali ini , informasi akan menyelongkar tentang penyakit dari Khinzir .





Dalam badan khinzir juga memang dah ada penyakit yang boleh berjangkit bila dimakan . Dalam daging babi ada cacing kerawit yang liat sangat nak mati walaupun dah dimasak dengan suhu yang tinggi . 

Jenis - Jenis Penyakit Disebabkan Khinzir


Seorang penyelidik Islam , Dr. Zakir Abdul Karim menulis dalam bukunya yang bertajuk 20 Soalan Lazim Tentang Islam berkata , " Memakan babi boleh mengakibatkan tidak kurang daripada 70 jenis penyakit . Antaranya , Helminthes yang mengandungi cacing seperti cacing bulat , cacing peniti , cacing kerawit dan banyak lagi .  Helminthes ini akan menghasilkan penyakit seperti ;


Teania Solium 


Penyakit dari Khinzir ini berpunca daripada cacing pita yang banyak membiak dalam usus babi ; a ) Ovumnya mampu masuk ke dalam aliran darah sehingga berakhir ke otak ! Ia akan menyebabkan hilang akal dan gila ! b ) kalau masuk jantung , akan jadi heart attack . c )  masuk mata akan jadi buta .  d ) masuk ke hati , akan dapat sakit hati yang kronik . 

Trichura Tichurasis .


Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis, ovumnya atau telur tidak mati sungguhpun telah dimasak sampai betul-betul masak. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidapTrichura Tichurasis, dua puluh dua orang telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul.


Hasil kajian ini sebenarnya tidak dapat menghalang orang kafir memakannya . Selain murah kerana mudah didapati , daging Khinzir juga dikatakan antara daging yang paling sedap berbanding daging binatang lain . Kesukaan mereka memakan daging Khinzir half cook jelas menunjukkan bahawa mereka tidak takut  langsung terhadap penyakit yang dibawa Khinzir ini .


Disediakan oleh ;






9 Responses to "Penyakit Dari Khinzir"

  1. Memang bahaya betul khinzir tu...

    ReplyDelete
  2. Setiap yang diharamkan itu sudah pasti ada sebabnya... Nah! ianya jelas dari kajian saintifik!

    ReplyDelete
  3. Apa yg sedap sangat tah sampai depa suka sangatkan Vee...moga dijauhkanlah hendaknya..

    ReplyDelete
  4. Jelas larangan Allah tu bersebab kan. Moga kita semua dijauhi dari perkara-perkara yang diharamkan..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya penyakit yang berpunca dari bab* ni. Yarghhh...

    ReplyDelete
  6. sy ada menghadiri 1 ceramah yg memperkatakan ttg daging khinzir ni...mmg seram sejuk bla diterangkan kesan, penyakit dsb ttg haiwan yg diharamkan ni

    ReplyDelete
  7. saya sebenarnya tertanya-tanya juga kenapa
    mereka masih terus memakan haiwan tersebut walau
    kajian saintifik membuktikan ianya berbahaya

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Maha Bijaksana.. Subhanallah...

    ReplyDelete
  9. terima kasih. perkongsian ini banyak membantu saya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...