Amalan Makan Cara Rasulullah


Assalamualaikum ...


Dalam melalui kehidupan seharian sebagai muslim , cara kehidupan Rasulullah itu lah yang paling sesuai dijadikan panduan . Bukan setakat itu , malah apa yang baginda makan ,juga menjadi ikutan . Ia sebut sebagai Sunnah . Kali ini saya akan kongsikan amalan makan cara Rasulullah .

a) Makan dan minum dalam keadaan duduk .


Caranya , Rasulullah akan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut .Tujuannya supaya dapat kawal kuantiti makanan malah dapat juga mengawal perut daripada kembung , sembelit dan senak perut .

 Amalan Makan Cara Rasulullah


b) Makan secara berjamaah .


Datang seseorang kepada Rasulullah SAW lalu berkata ;

" Wahai Rasulullah , kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang . "Maka Rasulullah berkata ;" Pasti masing - masing kamu makan sendiri - sendiri . "Orang itu menjawab ;" Benar , Ya Rasulullah ! "Rasulullah berkata ;" Berjemaahlah dalam menyantap makananmu . "Hadis sahih juga ada menyatakan ;" Berjamaahlah dalam menyantap makananmu , dan sebut nama Allah padanya , nescaya akan mengandungi berkat bagimu . "

Zaman sekarang , tak kira sama ada di kampung atau di bandar , mereka makan menggunakan meja . Mungkin ada baiknya kalau kita makan guna style meja ala jepun . Jadi kita boleh makan dengan duduk dan pada masa yang sama masih menggunakan meja makan .


c) Berjemaah di atas hamparan menggunakan talam / dulang ( Shahfah / Qash'ah ) .



Rasulullah tidak menggunakan meja makan juga Sukurrajah 
Ibnu Hajar berkata ;
" Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka ( Rasulullah dan para sahabat ) , tidak pernah menggunakannya , kebiasaannya mereka makan bersama - sama ( dengan Shahfah ) atau makan dengan menggunakan Sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang . " ( Al - Fath 9 / 532 )

Macam sesuai lah pulak orang Jawa makan nasi Ambeng kat dulang beramai - ramai .



d) Digalakkan bercakap / bersembang tentang perkara - perkara yang baik ketika makan .



Menurut al - Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al - Qayyim r.a. , 
pendapat yang benar ialah Rasulullah bercakap dan berbual semasa makan . Dalam kitabnya al - Zaad ,
" Ada kalanya Rasulullah SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut . " ( HR Muslim )" Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab susila makan kepada kaum keluarganya ,ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu baginda supaya menambahkan lauk pauk dan minuman . "  ( HR al - Bukhari )

Bila kita bersembang ketika makan , 
sebenarnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan juga bersama kenalan dan saudara mara .


e) Jangan sesekali mencela makanan .



Dari Abu Hurairah r.a. berkata ; 

" Tidak sekali - kali Rasulullah SAW mencela makanan . Jika Baginda menyukainya , maka Baginda makan . Jika Baginda tidak menggemarinya , maka Baginda tidak makan . "( HR Bukhari dan Muslim )


f) Rasulullah tidak bersandar ketika makan .



Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata , Rasulullah SAW bersabda ;

" Aku tidak makan sambil bersandar . "( HR Bukhari )


g) Tidur Sebentar ( Qialullah )


Rasulullah SAW akan tidur sebentar dengan kadar masanya 10 hingga 30 minit selepas makan tengahari iaitu setelah berzikir beberapa ketika . Jangan terus tidur selepas makan , ia akan menyebabkan sembelit . Tidurlah sebelum masuknya waktu Asar .



* NOTA ;


Makan guna cara tradisional tu lebih kepada sunnah sebenarnya .





4 Responses to "Amalan Makan Cara Rasulullah"

  1. mencela mknn...ramai yg x sedar buat benda ni

    ReplyDelete
  2. Tapi orang kata makan sambil bercakap tak baik... tapi rupa2nya sunnah kan... thanks vee :)

    ReplyDelete
  3. ha'a bab memcela tu, ramai yang tak sedar atau memang tahu dok buat
    sebenarnya amalan rasullullah ni kalau kita ikut
    memang boleh membersihakan jiwa

    ReplyDelete
  4. Jom amalkan sunnah Rasulullah ^_^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...