Peluang Keemasan Ramly Burger


Assalamualaikum ...

Peluang Keemasan Ramly Burger | Dengan lafaz Bismillah , sudah tibanya produk tempatan mengambil tempat atau sekurang - kurangnya menjadi pesaing McDonalds . Ramly Burger adalah satu - satunya perniagaan tempatan yang dilihat dapat bersaing dengan McDonalds kerana menjalankan jenis perniagaan yang sama . Dalam keadaan rakyat Malaysia yang menolak McDonalds , ini sudah tentu menjadi peluang terbaik yang perlu diambil oleh Ramly Burger .


 Peluang Bagi Ramly Burger


Ramly Burger


Ramly Burger yang sudah terkenal di Malaysia , malah sudah lama menjalankan perniagaan franchise Ramly Burger . Pengalamannya dalam perniagaan franchies tidak perlu dipertikaikan lagi . Bukan sekadar menawarkan gerai serta kiosk malah juga sudah wujud beberapa restoran Ramly Burger menyamai restoran McDonalds

Kepelbagaian Produk Satu Kelebihan


Kepelbagaian produk Ramly Burger serta resepinya  sudah cukup untuk Ramly Burger membuka restoran menyamai McDonalds. Saya cukup bangga sebenarnya dengan produk - produknya . Cuma promosinya agak kurang berbanding restoran fast food lainnya sedangkan banyak medium boleh digunakan untuk mempromosikannya .


 Peluang Ramly Burger


Harga Jualan Mampu Beli


Harga jualan bagi produknya di gerai dan juga kiosk amatlah berpatutan dan mampu beli . Ramly Burger mempunyai kilang memprosesnya sendiri . Maka tidak menjadi masalah baginya untuk meletakkan harga yang sesuai kerana diambil terus dari kilangnya sendiri .

Senarai Alamat Restoran Ramly Burger 

Berikut adalah senarai Restoran Ramly Burger bersama alamatnya di sekitar Kuala Lumpur .

Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222
Bandar Botanik, Klang
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463
Mukim Batu, Kuala Lumpur
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526
Bandar Baru Bangi, Selangor
No 33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289
Taman Maluri,Kuala Lumpur
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146
Meru, Klang
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554
Setapak, Kuala Lumpur
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896
Jalan Raja Abdullah
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 4229
Oleh kerana rakyat Malaysia beragama Islam mengutamakan produk tempatan , maka adalah menjadi satu peluang yang berharga bagi Ramly Burger pada masa ini untuk melakukan promosi . Alangkah baiknya jika disetiap Mall ada Restoran Ramly Burger atau sekurang - kurangnya satu kiosk di setiap Food Court supaya Ramly Burger lebih dikenali dan menjadi sebutan menggantikan McDonald .



Sebarang pertanyaan , boleh terus merujuk ke website Ramly Burger :


Facebook : Ramly Burger



7 Responses to "Peluang Keemasan Ramly Burger"

  1. Zumal suka produk Ramly. Memang sedap ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya mmg penggemar ramly sejak dulu lagi... suka street burger sbb lebih murah, sedap & berbaloi.. :)

    ReplyDelete
  3. Untuk franchise ke indonesia kemana contact yang mudah dihubungi?

    ReplyDelete
  4. Berapa kos utk memulakan perniagaan franchise Ramly burger

    ReplyDelete
  5. boleh bagi info untuk memulakan franchis ramlee burger??

    ReplyDelete
  6. Assallam...any details or procedures to join small medium or big scale? Email to abgfuaccord@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalam..bole pm details untuk bukak kiosk ramly x..tq
    Email : tgzatul88@gmail.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH SUDI KOMEN ... INSHAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA ...